26 Feb 2020

Ringwom/KUrap?! Penyakit Zoonotik dan berjangkit


Kurap: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Kurap juga dipanggil sebagai Tinea Corporis dalam bahasa perubatan. Ia terjadi disebabkan jangkitan kulat pada bahagian permukaan kulit menyebabkan kulit tersebut membahagi dengan lebih laju. Perkara tersebut menyebabkan kulit kelihatan tebal dan bersisik.
Ada juga jenis kulat yang menyebabkan kawasan sempadan kulit tersebut kemerah-merahan kerana keradangan. Manakala bahagian tengahnya pula mempunyai kulit yang normal menghasilkan bentuk cincin

Bagaimana kurap berlaku?

Selalunya kulat ini hanya mendiami kawasan atas permukaan kulit yang telah mati. Ia juga boleh wujud pada kawasan rambut dan juga kuku kerana kawasan ini selalunya kawasan yang lembab.
Kulat ini boleh menghasilkan enzim supaya dia boleh menembusi lebih dalam kawasan kulit yang terlibat. Tetapi ia akan terbehenti dibahagian epidermis sahaja kerana sistem imun pada kawasan kulit dibawah bahagian epidermis adalah lebih kuat dan dapat menghalang kemasukan kulat tersebut.
Disebabkan kulat tersebut tidak boleh tembus lapisan epidermis, maka ia akan merebak hanya dibahagian atas permukaan kulit sahaja. Sempadan kawasan yang dijangkiti akan semakin besar dan membentuk seperti cincin. Bahagian tengah akan mengalami pembahagian sel kulit yang lebih tunggu untuk mengeluarkan kulat tersebut. Ini menyebabkan kulit bahagian tengah seperti menebal dan berkerak.
Sebab itu ada juga jenis kurap yang dipanggil sebagai ‘Ringworm’. Tetapi ia tiada kaitan dengan cacing. Kerana dikawasan sempadan kurap tersebut berwarna merah nampak seolah-olah seperti cacing.
Terdapat beberapa jenis kulat yang menyebabkan masalah ini. Ianya adalah
  1. Trichophyton rubrum
  2. Trichophyton tonsurans
  3. Microsporum canis
  4. Trichophyton mentagrophytes
  5. Trichophyton verrucosum.

Punca Kurap

Kulat ini selalunya dijumpai pada manusia dan haiwan yang telah dijangkiti. Sentuhan pada kawasan tersebut akan menyebabkan kulat itu berpindah kepada manusia yang lain ini boleh menyebabkan jangkitan berlaku dan menyebabkan kurap.
Ia juga mudah tumbuh dikawasan yang lembah seperti di kawasan ketiak, kawasan ari-ari dan kawasan leher

Simptom

Kawasan kurap selalunya mempunyai rupa bentuk yang bersisik. Ini disebabkan kawasan tersebut mengalami pembahagian kulit dengan lebih cepat menyebabkan banyak kulit mati yang terhasil. Ada juga jenis kulat yang menyebabkan keradangan pada kawasan sempada kurap tersebut dengan kulit yang normal.
Ini menyebabkan sempadan kurap tersebut kemerah-merahan dan seolah-olah seperti cacing. Oleh sebab itu, masalah ini juga dipanggil sebagai ‘ringworm’
diagnosis
Untuk mengesan seseorang itu mempunyai kurap ataupun tidak cukup hanya dengan melihat kawasan kulit yang terlibat. Jika ianya tebal dan bersisik serta mempunyai kawasan sempadan yang warna merah, ia adalah kurap.
Tetapi terdapat juga penyiasatan yang lain seperti mengambil sampel kulit untuk dilihat dimakmal. Ia boleh menentukan sama ada wujudnya kulat tersebut ataupun tidak

Rawatan

Rawatan yang selalu disyorkan untuk masalah ini adalah rawatan dalam bentuk krim. Jika tidak berkesan barulah kita akan cuba ubat makan
Ubat Krim
Krim yang selalu digunakan untuk bunuh kulat ini adalah daripada kumpulan Azole seperti:
  1. Econazole
  2. Ketoconazole
  3. Clotrimazole
  4. Miconazole.

dan sebagainya. Ia boleh digunakan selama 2 minggu. Sapuan tersebut perlulah lebih 2cm daripada kawasan sempadan kulit yang bermasalah

Ubat makan

Ubat jenis makan pula adalah lebih spesifik untuk mereka yang mengalami jangkitan kurap yang sangat besar, mempunyai masalah sistem imun ataupun tidak berkesan dengan rawatan krim
Ubat-ubat jenis ini adalah:
  1. Griseofulvin
  2. Fluconazole
  3. Itraconazole
  4. Ketoconazole

pencegahan

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini: 
  1. Mengelakkan daripada bersentuhan dengan mereka yang mempunyai masalah ini.
  2. Jika bersentuhan, basuhlah kawasan sentuhan itu dengan sabun sebaiknya
  3. Elakkan berkongsi tuala dengan pesakit yang mempunyai masalah tersebut
  4. Elakkan daripada memegang haiwan yang mempunyai masalah kulit kerana dikhuatiri ia juga membawa jangkitan kulat tersebut
  5. Pastikan kawasan badan sentiasa kering dan tidak lembab


13 Dec 2015

DIPLOMA? LAKU ?

Assalamualaikum. People must be wondering, and have some silly stigmas on diploma.
banyak salah anggap, mengatakan diploma ni tak laku, tak ada market, and I was likeee .. get your fact right people! Just because you never experienced diploma, dont falsify things :)

 Diploma, a deeper foundation to degree, 100x better than foundation/matrices. 
eh! jangan salah anggap. saya tak cakap asasi matrik ni tak bagus, saya pernah rasa asasi, dan saya pernah rasa diploma dalam hidup saya. ya benar, asasi pantas, sepantas nya, diploma takes 3 years, pls bear in mean, 2 years difference memang membawa makna. kami belajar lebih banyak benda, better in lab. technique, better in academic writing and of course we learned much deeper and numerous subjects. Ada orang pandang diploma sebelah mata. Ada yg berfikiran terbuka dan macam-macam lagi la, tapi itu semua terpulang. Hak individu. Cuma saya ada benda nak share la sikit kalau cakap diploma tak laku,

saya tamat praktikal 24 July 2015. tamat praktikal TANPA transcript penuh. 
transcript penuh akan dapat pada 15/11/2015 (sekarang dh dapat la). walaupun saya tak habis pon lagi diploma, saya diterima kerja sebagai Assistant Officer di Mycology Section, R&D Department dekat sebuah syarikat yang besar (banyak cawangan di seluruh dunia). saya bukan nak berbangga, tapi bagi saya, ini satu SURPRISE sebab saya tak ada result sem akhir, tetapi masih diterima masuk dan menutup terus pandangan orang sekeliling saya pasal diploma. dulu ramai yang bising, eh, kenapa quit asasi, kalau sambung dah tahun 3 dah degree. Pls, to all diploma student, jangan fikir sangat tanggapan kuno orang sekeliling, stick to where you are now and dont stop loving what youre doing for life, never regret. 

though masih belum graduate, aku dapat jugak professional job macam tu, and i really love the job :) till now, masih simpan segala logbook, my recorded picture for report and conducting some mini project with my colleague. 

so sesiapa pelajar diploma yang berhasrat utk tidak sambung degree, tidak apa! pasaran kerja masih luas utk pelajar diploma! teruskan usaha! utk pelajar asasi sedia ada, please be consistent with your study to ensure that you can pursue degree in the field you like. 

setiasa fasa ada pro dan cons, kalau asyik fikir negative, maka negative la dia.
kalau fikir positive, maka positive la dia :) inshaAllah.

so this picture is when i was officially a stuff member in my previous company :)