Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

13 Feb 2014

Gadis Melayu (Sajak Baru)

assalamualaikum :)
hi, Im back with my new sajak after a year without nothing :) finally i could finish this. alhamdulillah. moga moga lepas ni aku jadi lebih produktif (iyalah tu). btw, im quite busy right now, almost 2 weeks of continuous meeting :) im nearlt a dead meat right now :P tapi, aku percaya dengan kemampuan diri sendiri. im a tough man ! jadi, kena lah hadapi semua ni. kalau nakkan kejayaan, mestilah kena melalui jerih dan perih . tak begitu?? Aku tak nak melalut panjang. kita jump terus ke sajak yang aku buat baru baru ini :)

apakah aku dimatamu?
adakah hanya hama dan debu?        
rembun air mata,
menitis menghiris  pipi,
sayu.. hatiku layu..
biarkan jiwa membelai sukma,
biar dusta bersulam nista..
biar .. biarkan ia hanyut dipukul duka..

potret mu jelas diminda,
senyummu mekar sakura,
mata bersinar ria,
taktaka bersua muka :)
namun realiti kau berpunya,
diusung sini sana,
 semacam dunia kau yag punya,
ku sangka kau permata,
hakikatnya hanya gula-gula,
ada di melata

ku terkedu sendiri,
dunia malap menyepi,
ku enggan menjadi mangsa,
kepada cinta nafsu
bukan tujuanku bersuka ria,
ku dambakan cintaNya,
Ku agungkan KuasaNya,
ku relakan cintamu pergi,
demi cinta ilahi.

manakah kau gadis malaya?
berbaju kurung bernada remaja,
dikalung penutup murka,
tersenyum semanis delima,
pabila diusik. wah, acah2 manja .
kusangkakan kuntuman bunga,
namun hakikatnya permata,
jika tidak kerna suka,
tidak ku paksa diriku sengsara,
untuk halalkan cinta kita :P




6 Aug 2012

COUPLE sebelum kahwin penyebab kerosakan RUMAH TANGGA?

assalamualaikum. 
aku bukan nak berlagak baik atau apa. ini cuma satu mesej untuk muslim dan muslimat yang sedang membaca blog aku. aku bukanlah sempurna, manusia melakukan kesilapan, yakni BERCOUPLE sebelum
kahwin sebagai alasan untuk mengenali pasangan? ikuti penjelasan daripada
 FATIMAH SYARHA novelis terkenal.
 kenapa couple sebelum berumahtangga mampu memusnahkan kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap insan apabila bergelat SUAMI dan ISTERI. 
harap entri kali ini mampu memberi manfaat dan informasi yaang boleh membantu
kita dalam menjadi seorang islam yang sebenar.
TAKE NOTE ^^



sorry kalau ada mana mana pihak terasa i just spread the goods. :)

6 May 2012

"couple" makes trouble?

"couple" atau berpasangan, memang sinonim dengan remaja (termasuk saya --,) kadangkala, "couple" tu boleh menjadi kemashuran kepada orang yang buta hati, (ops bukan untuk semua "pengamal couple" ya). ini pandangan saya, dan saya bukanlah sesiapa nak bagi nas-nas atau bukti, bahawa couple itu HARAM, kan? mengikut islam? "couple" yang halal ialah "couple" selepas akad nikah yang sah disisi islam dan syarak . betul?

bagi saya, "couple" boleh jika pasangan itu:
  • tidak pernah berjumpa bertentang mata
  • tidak pernah berbual di telefon atau "live"
  • tak pernah pergi berpeleseran(paham-paham)
  • kalau nak cakap boleh(kena buat suara rockers sikit, bagi perempuan :D)
  • kedua-dua pihak tidak menyimpan gambar pasangan masing-masing
  • menjadikan bapa si gadis sebagai medium menyampaikan pesanan
  • akad nikah secara sah
p/s: mesti pembaca hairan, ni macam tak berpasangan la pulak, tolonglah paham, ni pandangan saya :D

bagi saya, orang yang berpasangan(tanpa akad nikah yang sah) itu menghabiskan masa secara sia-sia, mungkin boleh dilabel *bodoh* (ops, kepada yang berkenaan harap maaf), setiap masa dihabiskan di telefon, jika seorang perempuan bercakap secara lembut, yakni boleh menimbulkan keghairahan kepada si lelaki, ingat-ingat ya) dan berhati-hatilah jika ada orang menanyakan apa yang anda sedang lakukan, terutamanya perempuan, jangan sesekali memberitahu bahawa anda baru sahaja selesai mandi, baring-baring dan sebagainya, kerana si jejaka akan memikirkan keadaan anda. AWAS! Dan jika ada seseorang menghadiahi anda sebtol minyak wangi dah meminta anda memakainya ketika hendah bertemu, AWAS! mungkin haruman itu mampu membuatkan anda dalam bahaya! mungkin mampu meningkatkan nafsu si pemberi, sebaliknya, simpan la haruman itu sebagai perhiasan sahaja. Apa-apa yang anda lakukan. ingatlah kesan buruk, dan janganlah anda berfikiran secara singkat.yakni boleh mengundang bahya. sekian

21 Apr 2012

GELORA C ♥ NTA NAFSU


maaf jika ayat-ayat saya tidak puitis, karya pertama saya, di karang di PLKN:)

Cinta,
Panahan busurmu merobek sukma jiwaku,
   kau mengikatku dengan satu noktah cinta,
membiarkanku lena dalam dakapan asmara,
  menyisihkan aku dari alam nyata,
biarpun onak duri menusuk kalbu,
   akanku pastikan kau tak terluka,
kerana kau sungguh bermakna,
   mengubatiku dikala kehausan bahagia.                          





Cinta,
tidakkah kau sedar wahai cinta?,
    kau mekar berbunga di taman jiwa,
kernamu,jiwaku terkesima tanpa berita,
    membiarkanku longlai dalam dakapan cinta,
namun, kau menghilang tanpa berita,
     membiarkan diriku derita sengsara,
bila kau berbubah dusta,
    kezalimanmu kian nyata.





Cinta,
dimana hilang janji protagonismu?,
    bait-baitmu hanya bertiti dibibir saja,
menenggelamku tanpa punca,
     taktala nista menjadi dusta,
selamqnya kusangka kau teguh bersamaku,
     namun ku hampa kecewa,
kerana kau berdusta lara,
    membiarkanku lemah dibadai ombak cinta.....PALSU!      

Cinta,
apakah ku hanya pemuas nafsumu?,
     keranamu ku lemas dalam lembah kehinaan,
hasil pujukan rayu dan tangismu,
     demimu ku rela serahkan mahkota maruahku,
taktala perutku membusung,ku ditinggalkan,
     terdamparku sengsara disebabkan cinta,
hidupku dirasakan tak bermakna,
     hanya raungan sesalan dapat kuzahirkan bersama.



Cinta,
biarpunku merasa kasihmu buat seketika.
    gembira rasa bila memikirkan bahagianya bercinta,
menyingkap kenangan kita bersama,
    biarpun pengakiranya tidak seindah diduga,
kini ku sedar cinta hanya mainan jiwa,
     manisnya seketika,sengsara selamanya,
nyah kau jauh dari hidupku,
     kerna ku sedar cinta sejati hanya pada ilahi.


nukilan: mohammad aklis bin azmi