![]() |
| bakal doktor? |
![]() |
| menulis ialah minat saya |
dirundung dan dipinta pelbagai cadangan dalam hidup oleh ibu bapa saya membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah kita harus menunaikan impian mereka untuk melihat kita menjawat jawatan yang mereka mahukan? haruskah kita mengorbankan cita-cita kita semta-mata untuk mereka? mungkin sewaktu kecil, saya sering di sogokkan untuk menjadi seorang doktor, ditanamkan dalam pemikiran saya bahwa saya mampu menjadi seorang doktor oleh ibu bapa. jika mana-mana guru bertanya, "apakah cia-cita anda?" secara automatiknya yang terkeluar dari mulut say ialah doktor, jika diuji dari segi kemampuan saya, dan minat, sudah lama saya kuburkan impian untuk menjadi seorang doktor. kini, setelah menilai diri saya beberapa minit, saya dapati bahawa menjadi seorang doktor bukanlah apa yang saya inginkan. dan selama ini saya hanya memaksa diri saya menyeksa pemikiran saya untuk belajar mata pelajaran elektif sains yang memeningkan saya. persoalanya disini, apakah saya harus menunaikan impian ibu bapa ? jika ya, saya harus menumpaskan kelemahan saya iaitu kemalasan yang membuatkan saya gagal mendapatkan gred A dalam Fizik dan Kimia, seterusnya berusaha dengan lebih gigih. minat boleh dipupuk jika kita memahami apa yang kita lakukan. Jika tidak menunaikan impian mereka, apakah saya dikira berdosa? saya tidak mahu mengecewakan mereka dan dalam masa yang sama saya harus memikirkan tentang cita-cita saya.

