Showing posts with label usaha. Show all posts
Showing posts with label usaha. Show all posts

25 Apr 2012

marikulasi vs. kolej Mara Kuala Nerang



"sesungguhnya ya Allah, hambamu yang lemah ini dalam dilema. ya Allah, berikan aku petunjuk agar membuat keputusan yang terbaik dalam hidupku, tunjukkanlah jalan yang lurus dalam hidupku, aku insan lemah, pemikiranku terbatas, masa hadapanku tidak ternjangkau oleh diriku, kaulah Maha Pemurah lagi Pengasihani.. Sejujurnya aku amat bersykur kehadarapMu ya Allah, kerana masih lagi memeberikan aku rezeki untuk mendalami ilmuMu ya Allah. Sekali lagi au bersyukur kepadMu ya Allah, kerana masih memberikanku peluang untuk belajar"

sesungguhnya saya sanagat buntu sekarang, setelah keputusan ke matrikulasi bagi sesi 2012 keluar. berbagai persoalan yang bermain di benak minda. yang mana terbaik untuk saya pilih? saya buntu sangat sekarang. mana satu yang boleh jadi pilihan yang bijak untuk saya? saya taknak tersalah pilih jalan sudahla. menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya kan? jadi terasa nak buat istikharah la malam ni. nak pilih yang terbaik untuk diri saya. moga-moga keputusan yang akan saya buat akan menjadi keputusan yang mampu memberika saya satu sinar baru untuk bergelar seorang doktor. doakan saya dan selamat menyambung pelajaran kembali kepada semua pelajar. jom sama-sama kita belajar ilmu Allah s.w.t yang luas terbentang, jangan sia-siakan masa kita! 
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat


23 Apr 2012

Luar jangkaan..

kehidupan di luar jangkaan kita, jika kehidupan kita sudah boleh dijangka, alangkah tidak bermaknanya kan? :)dan mendapat sesuatu yang kita tidak pernah jangka amat menggembirakan hati kita, terutamanya apabila kita menganggap pemberian itu salah satu tanda kasih sayang dan tanda pemangkin semangat kepada kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. sesunggahnya kita akan rasa dihargai dan merasakan banyak lagi orang yang masih menyanyangi kita walaupun masih mengetahui ramai yang cuba membenci diri ini! saya tak kisah. dan terus ke cerita saya. sabtu lalu, pak cik saya menhadiahkan/memblikan saya sebuah telefon samsung , corbyII, mungkin bagi sesetengah orang, "eleh, murah je la ", tapi bagi saya, biar semurah mana pon hadiah yang diberikan, saya tak kisah kerana bagi saya, asalkan pemberian itu ikhlas dari hati sudah cukup memdai bagi saya. saya amat terharu dengan pmeberian ini dan saya berjanji kepada diri saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Moga-moga Allah s.w.t permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat. dan  saya mula menggunakan semula telefon setelah hampri 2 tahun meninggalkanya atas sebab yang di rahsiakan. sekali lagi, saya ingin berterima kasih kepada pakcik dan mak cik kerana sanggup bersususah payah membelikan hadiah ini walaupun keputusan SPM saya tidaklah begitu cemerlang seperti  sepupu saya. sekali lagi terima kasih yabng tak terhingga dan saya akan ingat pesanan yang diberikan. moga ALLAH S.W.T memberkati kehidupan pakcik dan makcik. saya tidak ada apa untuk untuk diberikan melainkan sebuah janji ikhlas untuk belajar bersungguh :').
try to love to what you have, don't try to have to what you love

18 Apr 2012

Biasiswa dan Keputusan SPM


Seperti biasa, tahun demi tahun,selepas hari pertama keputusan Sijil Pelajaran Malayisa di umumkan, berpusu-pusu pelajar ke enjin Carian GOOGLE untuk mengakses biasiswa untuk pelajar SPM. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya dibanjiri pertanyaan mengenai biasiswa oleh rakan-rakan saya. Maklumlah biasiswa yang diberikan sangat mencukupi serta dapat menampung segala perbelanjaan makan,minum dan penginapan pelajar,  keputusan SPM 2011 telah meningkat. Banyak yang dapat semua A+, persaingan semakin ketat, tambahan yang dapat keputusan yang cemerlang didominasi oleh pelajar kaum Cina. Dasar penajaan JPA pon semakin berkurang, dan hanya akan menaja kepada mereka yang berhak(pelajar yang mendapat 10A+) banyak isu di sini, termasuk MARA yang tidak lagi menyediakan penajaan kepada pelajar lepasan SPM, dan hanya akan memberikan pinjaman boleh ubah kepada mereka yang berkelayakan.. keputusan saya pon tidaklah secemerlang mana, dan rasanya tidak layak untuk memohon mana-mana bantuan kewangan. saya tidaklah terlalu mengharapkan kepada biasiswa kerana banyak persaingan daripada pelajar semua A, saya hanya berserah kepada yang Maha Esa, Dia Maha