13 May 2012

soal masa depan

Sudah lama aku tak mengemaskini blog ni, bukan kerana sudah malas untuk berbicara, tetapi dihambat kesibukan yang kian terasa, aku sekarang sedang mempersiapkan diriku untuk menyambung pengajianku di peringkat asasi sains di universiti teknologi mara kampus puncak alam untuk program 1 tahun. Memperlengkap borang-borang maklumat pelajar dan borang perjanjian asasi, agak letih juga meskipun hanya mengisi, kadar denyutan jantungku kini di paras yang tidak  normal, bukan kerana fibrilasi artrium atau penyakit seumpama itu, tetapi kerana memikirkan masa depan aku yang tidak nampak lagi cahaya apa-apa, kerana apa, aku sungguh gentar untuk meneruskan pengajian  kerana aku sudah hilang segala ilmu yang aku belajar sepanjang tingkatan 4-5, tambahan untuk subjek kritikal aku, iaitu fizik, hampir semua formula aku sudah lupa, macam mana aku nak meneruskan pengajian kan, mungkin pelajar yang seangkatan aku pun mengalami masalah yang sama, lupa! Ialah, dah lebih 6 bulan meninggalkan kitab-kitab spm di dalam setor keseorangan, bukanya tak nak tengok, banyak manusia yang terpaksa, ada yang pergi kerja, menghadiri benda alah, PLKN, dan sebagainya. Aku agak tertanya-tanya, semua benda yang kami lupa tu akan diulang semula ka masa pengajian di peringjkat asasi,matrikulasi, A-level, tingkatan 6??dalam fikiran aku memang penuh dengan azam dan tekad, untuk mendapat “4flat” setiap semester, ya, itu azam aku, jadi aku boleh menyambung MBBS masa ijazah pertama nanti, nak merealisasikan impian aku sejak umur 8 tahun untuk bergelar doktor. Aku masih tercari-cari , macam mana nak merealisasikan impian aku. “4flat” setiap semester bukanlah sesuatu yang mustahil kan??? Sangat tidak mustahil, jika orang lain boleh, kenapa tidak aku? Mempunyai akal, otak dan kelebihan masing-masing, apa yang penting, mestilah pandai menggunakan kelebihan diri untuk berjaya. Betul? Perbelanjaan masa di universiti macam mana? Cukupkah duit sara diri yang diberikan kerajaan?*aku memang makan banyak, tengok badanlah* kalau cukup-cukup, terpaksalah aku mengehadkan pelaburan aku dalam makanan, haha, jadi aku dengan kawan baik aku merancang, rm8 sehari, pagi makan lah roti kering dengan susu,bawak dari rumah, makan tengah hari dengan malam, air minta air suam ja *konon boleh berjaya dengan rancangan ni* boleh berjaya ka?  Kalau betul rancangan ni dilaksana, kurus keringlah aku jadinya, mungkinkah? Sambil berjimat duit, sambil menguruskan badan, haha! Apa-apa sajalah, tak mahulah aku terpesong jauh, setakat ini sajalah coretan aku. Sekian~

6 May 2012

"couple" makes trouble?

"couple" atau berpasangan, memang sinonim dengan remaja (termasuk saya --,) kadangkala, "couple" tu boleh menjadi kemashuran kepada orang yang buta hati, (ops bukan untuk semua "pengamal couple" ya). ini pandangan saya, dan saya bukanlah sesiapa nak bagi nas-nas atau bukti, bahawa couple itu HARAM, kan? mengikut islam? "couple" yang halal ialah "couple" selepas akad nikah yang sah disisi islam dan syarak . betul?

bagi saya, "couple" boleh jika pasangan itu:
  • tidak pernah berjumpa bertentang mata
  • tidak pernah berbual di telefon atau "live"
  • tak pernah pergi berpeleseran(paham-paham)
  • kalau nak cakap boleh(kena buat suara rockers sikit, bagi perempuan :D)
  • kedua-dua pihak tidak menyimpan gambar pasangan masing-masing
  • menjadikan bapa si gadis sebagai medium menyampaikan pesanan
  • akad nikah secara sah
p/s: mesti pembaca hairan, ni macam tak berpasangan la pulak, tolonglah paham, ni pandangan saya :D

bagi saya, orang yang berpasangan(tanpa akad nikah yang sah) itu menghabiskan masa secara sia-sia, mungkin boleh dilabel *bodoh* (ops, kepada yang berkenaan harap maaf), setiap masa dihabiskan di telefon, jika seorang perempuan bercakap secara lembut, yakni boleh menimbulkan keghairahan kepada si lelaki, ingat-ingat ya) dan berhati-hatilah jika ada orang menanyakan apa yang anda sedang lakukan, terutamanya perempuan, jangan sesekali memberitahu bahawa anda baru sahaja selesai mandi, baring-baring dan sebagainya, kerana si jejaka akan memikirkan keadaan anda. AWAS! Dan jika ada seseorang menghadiahi anda sebtol minyak wangi dah meminta anda memakainya ketika hendah bertemu, AWAS! mungkin haruman itu mampu membuatkan anda dalam bahaya! mungkin mampu meningkatkan nafsu si pemberi, sebaliknya, simpan la haruman itu sebagai perhiasan sahaja. Apa-apa yang anda lakukan. ingatlah kesan buruk, dan janganlah anda berfikiran secara singkat.yakni boleh mengundang bahya. sekian