30 Jun 2012

the HUNGER-me

sejak aku masuk PALAM, selera aku bertambah berganda ganda, asyik asyik pikir pasal makan, apa  nak jadi dengan hang ni aklis oi. makan makan makan. but it is my passion, haha~ they are my best friend, always cure me when I'm starving, sometime they will force me to buy them ==, ~don't take it so serious ok~ I don't know, mungkinkah kerana aku terpaksa naik turun tangga MAUT tu setiap hari membuatkan aku memerlukan tenaga yang lebih untuk memulakan hariku dengan penuh ceria :D yeah~ macam lagu ni...
ku gembira sentiasa,badan ku sihat dan kuat, HOORAY, biar panas atau sejuk, ku bermain penuh minat, menyanyi melompat sini sana, SCOTT EMULSION membantu sayaa! :D


tengok, gembira ja diorrang kan, if I went back to the time, of course I would like to choose to be a baby, because I love being care by other, i may be look tough guy, but actually, im not that strong, i need someone who could light up my day and bring me cheers and tears of joy, that's what a HUMAN SPECIES called friend :D I need a friend, that could lead me to right path, insyaAllah. im still searching. but, i feel greatfull of being gifted such a nice friends of C5 :D they are my everything now at PALAM. i love them, seriously, even we're newly known friends, one of us had left us, im sad, yes, i hate losing my friend, now i still got 30 'family members' of c5, i love the way you are :D you're always in my heart.
 sekian coretan saya. I love you c5

karangan-kebaikan internet.

ini ialah karangan aku, tak ada copy copy dari blog lain, my blog, my own point of view. enjoy reading,just let me know your rating on this ordinary essay by commenting on the comment site.:




Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa limitasi ini, internet menjadi salah satu kewajiban yang perlu ada di setiap rumah. Melalui Dana 1Malaysia, kerajaan telah berjaya mengedarkan kira-kira 500000 unit ‘netbook’ kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia, dengan inisiatif ini diharapkan pelajar dapat memanfaatkan teknologi yang ada untuk membantu dalam proses pelajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan kadar celik IT di kalangan pelajar. Selain itu, Telekom Malaysia juga bekerjasama dalam program jalur lebar dengan menawarkan internet pada harga RM38 sebulan dengan kelajuan 384 kbps(kilobyte per second) kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membolehkan rakyat menikmati pelbagai manfaat daripada pengunaan internet dalam memudahkan urusan harian sebagai seorang pelajar mahupun sebagai ibu bapa. Selain itu juga Pusat Jalur Lebar yang telah ditubuhkan juga banyak memberikan manfaat kepada rakyat untuk melayari internet secara percuma. Begitulah bukti mununjukkan betapa komitednya kerajaan dalam membantu rakyatnya hidup lebih berkualiti demi merealisasikan aspirasi negara dalam melahirkan lebih banyak modal insan kelas pertama seiring dengan wawasan 2020. Dengan ini, golongan yang kurang berkemampuan mampu untuk menikmati perkembangan teknologi sekaligus memenuhi tuntutan semasa yang memerlukan seseorang itu menguasi ilmu IT dengan baik untuk diaplikasikan dalam kerja untuk menjadikannya lebih sistematik dan teratur. walau bagaimanapun, banyak suara-suara sumbang yang menentang hasrat kerajaan untuk memajukan rakyat menggunakan alasan pengunaan internet terdapat banyak kesan buruk terhadapat pemikiran rakyat. Mereka mempersoalkan kebaikan internet dalam kehidupan seharian, dan terus mendesak untuk meminta penjelasan berkaitan perkara ini, berikut merupakan antara kebaikan internet dalam kehidupan seharian.
Antara kebaikan internet dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi seorang pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran ilmu pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah internet mampu meberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh menggunakan manfaat ini untuk mecari tips menarik di internet seperti tips keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Semestinya untuk seorang guru internet sangat penting untuk mereka, kerana boleh mengakses dan  menyelitkan sedikit informasi tambahan yang menarik dalam setiap topik pembelajaran untuk dikongsi bersama anak didik mereka semasa mengajar dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelajar dan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah dan tidak hanya bergantung sumber yang ada dalam buku teks dan rujukan semata-mata. Dapat dirumuskan di sini bahawa internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa.
Selain itu, antara kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang bermaksud ‘untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat. Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan  pengguna.
Di samping itu, penggunaan internet juga mampu menjimatkan kos . sesuai untuk pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu tersenyum lebar kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya, anda mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan percuma! Dengan ini, pelajar, mahupum ibu bapa yang belajar mahupun bekerja di luar negara mampu untuk berhubung dengan saudara mara ketika berada di perantauan tanpa perlu bimbang soal bil telefon dan sebagainya kerana bil internet adalah tetap untuk setiap bulan.  Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan kerana meraka bukan saja boleh berjimat, tetapi dalam masa yang sama mampu mengeratkan hubungan kekluargaan dan tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk tidak berhubung dengan ahli keluarga sekerap yang boleh. Malah ada sahaja pelajar yang berkahwin di luar negara mampu untuk  “membawa” keluarga mereka untuk melihat majlis perkahwinan mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk tiket penerbangan serta penginapan kerana mereka boleh melihat perkahwinan anak mereka secara langsung menggunakan skype, dan boleh berkongsi saat-saat gembira bersama keluarga walau dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini sangat diperlukan oleh para pelajar mahupun pekerja kerana peningkatan taraf hidup semakin mendesak dan dengan penjimatan ini mampu meredakan kebimbangan mereka. Perkembangan teknologi perhubungan yang menggunakan internet sebagai medium penggerak utama ternyata mampu membawa kebaikan yang postif. Sesungguhnya, penggunan internet mampu membawa pengjimatan kepada penggunanya.
Seterusnya, memudahkan urusan juga antara kebaikan penggunaan internet keatas semua pihak. Jika dahulu, sering kali melihat ibu bapa kita ke bank untuk mebayar bil-bil air, eletrik dan sebagainya, sekarang tidak lagi, dengan menggunakan internet dan menggunakan khidmat perbankan melalui internet, anda boleh mengkakses terus ke akaun bank anda dan boleh membuat pembayaran secara online, dengan hanya berada di depan komputer, anda sudah mampu untuk menjelaskan segala bayaran dan tidak lagi perlu bersusah payah beratur untuk mebayar bil –bil dan lain-lain. Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas hujan. Para usahawan juga dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak urusan.
Akhirnya, kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk rakyat bersuara, yakni melalui laman-laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar aduan rakyat jika turun untuk melakukan khidmat masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta.
Konklusinya, internet mampu membawa kepada kebaikan yang ketara kepada pengguna jika digunakan secara betul, justeru, ibu bapa mahupun penjaga haruslah memantau anak mereka ketika mereka melayari internet untuk memastikan mereka tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah yang mampu merosakkan minda si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memasang aplikasi untuk menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak mempunyai moral untuk melindungi mereka daripada agen propaganda barat yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh dunia memalui muzik dan fesyen yang keterlaluan serta penyebaran unsur black metal yang semakin mendapat tempat di hati remaja di Malaysia dan pengguna juga harus lebih berhati-hati ketika berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat diri anda sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat sejak akhir-akhir ini dan telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan semua pihak tampil untuk  bekerja sama dalam memastikan internet sentiasa digunakan di jalan yang betul dan kerajaan seharusnya memperbanyakkan lagi Pusat Jalur Lebar tertutamanya di kawasan pedalaman supaya anak-anak disana mampu untuk menikmati kebaikan internet seperti rakyat bandar yang banyak mendahului mereka dari segi kemahiran dalam bidang IT dan dalam masa sama aspirasi untuk mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dapat dilaksanakan dengan jayanya! Begitu juga peranan guru dalam mendedahkan laman-laman sesawang pendidikan serta menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk melayari internet. Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sangatlah sesuai untuk dipraktikkan oleh pemimpin dalam menyebarkan dan memperkenalkan kebaikan internet kepada rakyat supaya kebaikan ini dapat memberikan kesan postif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah yang lebih baik pada masa yang akan datang..

15 Jun 2012

Asasi Sains UiTM Puncak Alam

assalamualaikum.
 coretan saya kembali, lebih sebulan menghilangkan diri tanpa berita :D ya, secara rasminya, saya telah disahkan menjadi pelajar asasi sains uitm puncak alam! yeah! yeah! *tersenyum lebar, mendongak kepala ke langit, mimipikah aku! impianku untuk peringkat pertama sudah berjaya, yakni berjaya menempatkan diri dalam program asasi, aku sangat impikanyaa! alhamdulillah~ Allah telah memakbulkan doa aku, alhamdulillah. nak buat ringkasan siikit pasal asasi uitm puncak alam, yang terkenal dengan tangga setinggi batu cave! tak percaya, cuba akses dekat google. tinggi sangat tangga tu! dalam sehari aku kena panjat 2 kali, penat tu memang tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata, yang pasti, nikmat taktala berjaya menakluki puncaknya, memang susah nak dilafazkan dengan bicara~ sini ok, makanan sedap, tapi agak mahal , biasalah tu. dan pasal orientasi atau lebih sinonim dipanggil MDS(Minggu Destini Siswa) di UiTM, AGAK sengal juga sebab kami disumbat di kompleks Kemudahan Pelajar Angsana untuk 12 jam! yaa. memang sangat rimas, kaki memang kebas habis~ kebanyakan yang diajar, tepuk tepuk, menari, agak sesuai, untuk hilangkan stress, tapi ok, sebab abang-abang, kakak PM memang santai habis~ habis di situ! hmmmm..aku nak cita sikit la pasal puncak alam, atau dikenali sebagai PALAM :D puncak alam dengan shah alam lain tau! kadang kadang orang masih keliru antara puncak alam dan shah alam, kepada sesiapa yang berkenaann, saya merupakan pelajar asasi sains sesi 2012/2013, UiTM Puncak Alam menawarkan 2 program asasi iaitu asasi sains dan asasi kejuruterraan, dah syaratnya? saya tak berapa pasti mengenai asasi sains atau engineering,  kebanyakan disini 7A keatas. kehidupan dekat sini best la. kecuali masa nak pergi kuliah, agak jauh dari kolej kediaman, iaitu antara 15-20 minit. jauh jauh pun ok lagi kan, boleh jugak excercise dekat sini kan. so here I go with Puncak Alam:

*rumah style apartment:
ni la bilik :) satu bilik 2 orang. dijamin selesa okay ! tip top
dalam satu apartment ada 4 bilik, setiap bilik dihuni dua orang! :D bilik ok la tak kecik sangat, memang suit la, ada loker, meja study dan yang penting LAN port ada dekat situ, however, dekat sini tak daa wifi (kolej kediaman), diorang hanya menyediakan LAN port dan pandai pandai laa anda cari cablenya yaa~ ada bilik air, 1 tandas, 2 tempat mandi, nak bagitau la kan, kadang kadang ni nak mandi kena tunggu, so kalau kalau ada kelas pagi, alamatnya lepas subuh terus pi mandi, takut takut ramai orang, carilah waktu yang sesuai untuk mandi, (jangan mandi waktu puncak) haha~ dan ada la tempat basuh baju yang muat untuk seorang basuh baju, ok what, dari tak ada kann?hmmm..senagn cerita tempat ni cantik la. jangan risau, kemudahan ditanggung beres, apa yang perlu anda lakukan hanyalah--> belajar ^^

*tempat makan
don't worry . ada ja, dekat sini, ada kompleks kemudahan pelajar, ataupon KKPR dan KKPA dekat sini ada pelbagai jenis masakan, ada banyak gerai yang menawarkan harga boom hidangan ala carte. haha. dekat sini aku nak suggest sikit la pasal gerai yang murah, my point of view, kalau anda pergi ke KKPA(Kompleka Kemudahan Pelajar Angsana) anda boleh makan di cafe JOM MIO atau Sireh Cafe, dua   dua cafe ni menawarkan harga yang sangat murah dibanding kan dengan tempat tempat lain. bagi yang teqasa nak makan western food, shauqi western ada menyediakan apa  yang anda inginkan. bagi peminat shake, smoothies, dekat sini ada kiosk ICE BLOG tauu! tapui harganya, mencekik darah gak, standard la tue :D mahal mahal cool blog pon sampai kene berratur panjjang tau! bak kata orang, dekat sini apa yang hang nak makan ada tak payah la duk bawak mai gulai tempoyak ka, budu ka sebab nanti takut teringat (bagi orang kelantan terengganu) ada je dekat sini ok! *makanan pon sedap dan nak kata mahal tu, boleh la~ haha, ikut hampa, haha, jangan ikut nafsu tau, mati nanti. berkenaan dengan tempat makan dekat kuliah, wuuuu.. mahal dari KKPA dan KKPR la. dekat situ ada juga cafe dan kiosk makanan ala barat, dady kiosk, ada jual spegethi rm 4.00! mahal tak? mahal tak mahal belum pukul 1  lagi makanan dah habis dijual, aku tak nah makan lagi spagheti tu sebab bagi aku mahal, aku kalau dkt cafe kuliah/fakulti, aku makan telur degan  nasi rm2 ==, huhu~ kalau ikut hati memang tanak makan, tapi bila terpikir balik tangga tu, kalau aku tak makan kang pengsan masa naek tangga jap gi. haha~ so aku ank bagitau sikit la info harga makanan. haha. korang nak makan ayam? ayam selalunya rm2.00 seketul, ikut saiz, haah ikan kebanyakan rm2.00 juga seekor, sayur pelbagai aneka rm0.50 ada yang rm1.00,udang tak pasti, sotong, jarrang jarang ada :D telur tu bergantung, telur mata kerbau rm1.00, haha.ok! amacam, terperinci tak penjelasanan aku? ==,

*tangga batu cave
tangga batu cave
tangga ni sedang mendaki populariti di kalangan ahli ahli palam, haha, inilah tangga yang memaksa kitaorang memerah keringat sewaktu balik kuliah, memang tinggi la~ 200++ anak tangga, huhu. kalau diikutkan hati, nak saja aku naik bus, namun bila dfikirkan balik, apa salahnya, at least boleh la aku menyihatkan badan aku yang terlebih sihat ni. haha. penat seyh. jangan duk tanya nak naik tangga tu macam mana, macam mendaki bukit, tapi di saat hampa semua berjaya sampai dipuncaknya, haha, memang perassan tu tak dapat di gambarkan. haha. habih lengug peha dengan kaki, huh~biasalah. hidup memerlukan pengoraban. tapi kalau sesiapa yang ada masalah kesihatan. anda boleh la tunggu bus rapid kl untuk harga rm1.00, huhu, tu kalau betul betul tak larat. my advice, mari kita memeriahkan tangga tu :D isnyaAllah. haha. yang tu ja halangan terbesarr serta trending utama bagi PALAMians! :D please enjoy it as its stil there ok.

*barang peribadi
kalaulah korang dah ketandusan sabun, berus gigi, atau semua alatan peribadi from tips to toe, korang boleh ja melawat Minimark di KKPA, atau Is Mart di KKPR, semua ada situ la, dont worry la! kalau malas sangat nak pergi beli apa kata korang bawak ja bekalan untuk setahun korang dekat sini, tak begitu ==
haha. kidding. haha. topup pon ada, tapi 3,4,5 ringgit takda la. rm 10 ja yang available :D  harap maklum.

*bilik kuliah
memandangkan pelajar asasi sangat ramai, mereka mereka ini(termasuk) saya terpaksa share kelas bersama abang abang dan kakak kakak senior,* bukan bermakna kongi kelas tu masuk kelas sekali, tapi bergilir gilir guna kelas, oleh kerana puncak alam ni besar, semasa masuk anda akan diberikan panduan kedudukan kelas, benda ni nanti boleh ttengok dekat laman web uitm. haha..kebanyakan kelas akan di handle kan di Dewan Kuliah Fakulti Sains Kesihatan, Bilik Kuliah Asasi, Dewan Kuliah Fakulti Farmasi :D SEMUA ni korang kena expert betul sebab korang akan terpaksa bergerak ke satu kelas ke satu kelas. bukan macamsekolah, tunggu  cikgu masuk kan. korang pandai pandai la sampai dalam kelas right on time ok! sebab gap antara satu kelas ke satu kelas ada la dalam 10 minit, tempoh korang bergerak dari satu kelas ke satu kelas.

*jadual
jadual kelas memang pack la jugak :P hahahaha. ni jadula lama kelas aku T.T
click to enlarge. ekekeke