15 Jun 2012

Asasi Sains UiTM Puncak Alam

assalamualaikum.
 coretan saya kembali, lebih sebulan menghilangkan diri tanpa berita :D ya, secara rasminya, saya telah disahkan menjadi pelajar asasi sains uitm puncak alam! yeah! yeah! *tersenyum lebar, mendongak kepala ke langit, mimipikah aku! impianku untuk peringkat pertama sudah berjaya, yakni berjaya menempatkan diri dalam program asasi, aku sangat impikanyaa! alhamdulillah~ Allah telah memakbulkan doa aku, alhamdulillah. nak buat ringkasan siikit pasal asasi uitm puncak alam, yang terkenal dengan tangga setinggi batu cave! tak percaya, cuba akses dekat google. tinggi sangat tangga tu! dalam sehari aku kena panjat 2 kali, penat tu memang tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata, yang pasti, nikmat taktala berjaya menakluki puncaknya, memang susah nak dilafazkan dengan bicara~ sini ok, makanan sedap, tapi agak mahal , biasalah tu. dan pasal orientasi atau lebih sinonim dipanggil MDS(Minggu Destini Siswa) di UiTM, AGAK sengal juga sebab kami disumbat di kompleks Kemudahan Pelajar Angsana untuk 12 jam! yaa. memang sangat rimas, kaki memang kebas habis~ kebanyakan yang diajar, tepuk tepuk, menari, agak sesuai, untuk hilangkan stress, tapi ok, sebab abang-abang, kakak PM memang santai habis~ habis di situ! hmmmm..aku nak cita sikit la pasal puncak alam, atau dikenali sebagai PALAM :D puncak alam dengan shah alam lain tau! kadang kadang orang masih keliru antara puncak alam dan shah alam, kepada sesiapa yang berkenaann, saya merupakan pelajar asasi sains sesi 2012/2013, UiTM Puncak Alam menawarkan 2 program asasi iaitu asasi sains dan asasi kejuruterraan, dah syaratnya? saya tak berapa pasti mengenai asasi sains atau engineering,  kebanyakan disini 7A keatas. kehidupan dekat sini best la. kecuali masa nak pergi kuliah, agak jauh dari kolej kediaman, iaitu antara 15-20 minit. jauh jauh pun ok lagi kan, boleh jugak excercise dekat sini kan. so here I go with Puncak Alam:

*rumah style apartment:
ni la bilik :) satu bilik 2 orang. dijamin selesa okay ! tip top
dalam satu apartment ada 4 bilik, setiap bilik dihuni dua orang! :D bilik ok la tak kecik sangat, memang suit la, ada loker, meja study dan yang penting LAN port ada dekat situ, however, dekat sini tak daa wifi (kolej kediaman), diorang hanya menyediakan LAN port dan pandai pandai laa anda cari cablenya yaa~ ada bilik air, 1 tandas, 2 tempat mandi, nak bagitau la kan, kadang kadang ni nak mandi kena tunggu, so kalau kalau ada kelas pagi, alamatnya lepas subuh terus pi mandi, takut takut ramai orang, carilah waktu yang sesuai untuk mandi, (jangan mandi waktu puncak) haha~ dan ada la tempat basuh baju yang muat untuk seorang basuh baju, ok what, dari tak ada kann?hmmm..senagn cerita tempat ni cantik la. jangan risau, kemudahan ditanggung beres, apa yang perlu anda lakukan hanyalah--> belajar ^^

*tempat makan
don't worry . ada ja, dekat sini, ada kompleks kemudahan pelajar, ataupon KKPR dan KKPA dekat sini ada pelbagai jenis masakan, ada banyak gerai yang menawarkan harga boom hidangan ala carte. haha. dekat sini aku nak suggest sikit la pasal gerai yang murah, my point of view, kalau anda pergi ke KKPA(Kompleka Kemudahan Pelajar Angsana) anda boleh makan di cafe JOM MIO atau Sireh Cafe, dua   dua cafe ni menawarkan harga yang sangat murah dibanding kan dengan tempat tempat lain. bagi yang teqasa nak makan western food, shauqi western ada menyediakan apa  yang anda inginkan. bagi peminat shake, smoothies, dekat sini ada kiosk ICE BLOG tauu! tapui harganya, mencekik darah gak, standard la tue :D mahal mahal cool blog pon sampai kene berratur panjjang tau! bak kata orang, dekat sini apa yang hang nak makan ada tak payah la duk bawak mai gulai tempoyak ka, budu ka sebab nanti takut teringat (bagi orang kelantan terengganu) ada je dekat sini ok! *makanan pon sedap dan nak kata mahal tu, boleh la~ haha, ikut hampa, haha, jangan ikut nafsu tau, mati nanti. berkenaan dengan tempat makan dekat kuliah, wuuuu.. mahal dari KKPA dan KKPR la. dekat situ ada juga cafe dan kiosk makanan ala barat, dady kiosk, ada jual spegethi rm 4.00! mahal tak? mahal tak mahal belum pukul 1  lagi makanan dah habis dijual, aku tak nah makan lagi spagheti tu sebab bagi aku mahal, aku kalau dkt cafe kuliah/fakulti, aku makan telur degan  nasi rm2 ==, huhu~ kalau ikut hati memang tanak makan, tapi bila terpikir balik tangga tu, kalau aku tak makan kang pengsan masa naek tangga jap gi. haha~ so aku ank bagitau sikit la info harga makanan. haha. korang nak makan ayam? ayam selalunya rm2.00 seketul, ikut saiz, haah ikan kebanyakan rm2.00 juga seekor, sayur pelbagai aneka rm0.50 ada yang rm1.00,udang tak pasti, sotong, jarrang jarang ada :D telur tu bergantung, telur mata kerbau rm1.00, haha.ok! amacam, terperinci tak penjelasanan aku? ==,

*tangga batu cave
tangga batu cave
tangga ni sedang mendaki populariti di kalangan ahli ahli palam, haha, inilah tangga yang memaksa kitaorang memerah keringat sewaktu balik kuliah, memang tinggi la~ 200++ anak tangga, huhu. kalau diikutkan hati, nak saja aku naik bus, namun bila dfikirkan balik, apa salahnya, at least boleh la aku menyihatkan badan aku yang terlebih sihat ni. haha. penat seyh. jangan duk tanya nak naik tangga tu macam mana, macam mendaki bukit, tapi di saat hampa semua berjaya sampai dipuncaknya, haha, memang perassan tu tak dapat di gambarkan. haha. habih lengug peha dengan kaki, huh~biasalah. hidup memerlukan pengoraban. tapi kalau sesiapa yang ada masalah kesihatan. anda boleh la tunggu bus rapid kl untuk harga rm1.00, huhu, tu kalau betul betul tak larat. my advice, mari kita memeriahkan tangga tu :D isnyaAllah. haha. yang tu ja halangan terbesarr serta trending utama bagi PALAMians! :D please enjoy it as its stil there ok.

*barang peribadi
kalaulah korang dah ketandusan sabun, berus gigi, atau semua alatan peribadi from tips to toe, korang boleh ja melawat Minimark di KKPA, atau Is Mart di KKPR, semua ada situ la, dont worry la! kalau malas sangat nak pergi beli apa kata korang bawak ja bekalan untuk setahun korang dekat sini, tak begitu ==
haha. kidding. haha. topup pon ada, tapi 3,4,5 ringgit takda la. rm 10 ja yang available :D  harap maklum.

*bilik kuliah
memandangkan pelajar asasi sangat ramai, mereka mereka ini(termasuk) saya terpaksa share kelas bersama abang abang dan kakak kakak senior,* bukan bermakna kongi kelas tu masuk kelas sekali, tapi bergilir gilir guna kelas, oleh kerana puncak alam ni besar, semasa masuk anda akan diberikan panduan kedudukan kelas, benda ni nanti boleh ttengok dekat laman web uitm. haha..kebanyakan kelas akan di handle kan di Dewan Kuliah Fakulti Sains Kesihatan, Bilik Kuliah Asasi, Dewan Kuliah Fakulti Farmasi :D SEMUA ni korang kena expert betul sebab korang akan terpaksa bergerak ke satu kelas ke satu kelas. bukan macamsekolah, tunggu  cikgu masuk kan. korang pandai pandai la sampai dalam kelas right on time ok! sebab gap antara satu kelas ke satu kelas ada la dalam 10 minit, tempoh korang bergerak dari satu kelas ke satu kelas.

*jadual
jadual kelas memang pack la jugak :P hahahaha. ni jadula lama kelas aku T.T
click to enlarge. ekekeke