13 May 2012
soal masa depan
Sudah lama aku tak mengemaskini
blog ni, bukan kerana sudah malas untuk berbicara, tetapi dihambat kesibukan
yang kian terasa, aku sekarang sedang mempersiapkan diriku untuk menyambung
pengajianku di peringkat asasi sains di universiti teknologi mara kampus puncak
alam untuk program 1 tahun. Memperlengkap borang-borang maklumat pelajar dan
borang perjanjian asasi, agak letih juga meskipun hanya mengisi, kadar denyutan
jantungku kini di paras yang tidak
normal, bukan kerana fibrilasi artrium atau penyakit seumpama itu,
tetapi kerana memikirkan masa depan aku yang tidak nampak lagi cahaya apa-apa,
kerana apa, aku sungguh gentar untuk meneruskan pengajian kerana aku sudah hilang segala ilmu yang aku
belajar sepanjang tingkatan 4-5, tambahan untuk subjek kritikal aku, iaitu
fizik, hampir semua formula aku sudah lupa, macam mana aku nak meneruskan
pengajian kan, mungkin pelajar yang seangkatan aku pun mengalami masalah yang
sama, lupa! Ialah, dah lebih 6 bulan meninggalkan kitab-kitab spm di dalam
setor keseorangan, bukanya tak nak tengok, banyak manusia yang terpaksa, ada
yang pergi kerja, menghadiri benda alah, PLKN, dan sebagainya. Aku agak
tertanya-tanya, semua benda yang kami lupa tu akan diulang semula ka masa
pengajian di peringjkat asasi,matrikulasi, A-level, tingkatan 6??dalam fikiran
aku memang penuh dengan azam dan tekad, untuk mendapat “4flat” setiap semester,
ya, itu azam aku, jadi aku boleh menyambung MBBS masa ijazah pertama nanti, nak
merealisasikan impian aku sejak umur 8 tahun untuk bergelar doktor. Aku masih
tercari-cari , macam mana nak merealisasikan impian aku. “4flat” setiap
semester bukanlah sesuatu yang mustahil kan??? Sangat tidak mustahil, jika
orang lain boleh, kenapa tidak aku? Mempunyai akal, otak dan kelebihan
masing-masing, apa yang penting, mestilah pandai menggunakan kelebihan diri
untuk berjaya. Betul? Perbelanjaan masa di universiti macam mana? Cukupkah duit
sara diri yang diberikan kerajaan?*aku memang makan banyak, tengok badanlah*
kalau cukup-cukup, terpaksalah aku mengehadkan pelaburan aku dalam makanan,
haha, jadi aku dengan kawan baik aku merancang, rm8 sehari, pagi makan lah roti
kering dengan susu,bawak dari rumah, makan tengah hari dengan malam, air minta
air suam ja *konon boleh berjaya dengan rancangan ni* boleh berjaya ka? Kalau betul rancangan ni dilaksana, kurus
keringlah aku jadinya, mungkinkah? Sambil berjimat duit, sambil menguruskan
badan, haha! Apa-apa sajalah, tak mahulah aku terpesong jauh, setakat ini
sajalah coretan aku. Sekian~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment