27 Mar 2014

Mama tipu ! :'(

FAKTA KEBOHONGAN DARI SEORANG IBU, YG WAJIB KITA DIKETAHUI :

1. Saat makan, kalau makanan kurang, mama akan memberikan makanan itu kepada adik dan kata, "makanlah, mama tak lapar." - kadang kadang tu kalau lauk pauk sikit mama akan cakap '' korang adik beradik makan lah lauk tu, tinggal dkt mama bawang je ''. ya Allah, sayu hati ni :'( kadang kadang kalau mama tak makan nasi, kami adik beradik habiskan, bila mak bukak tudung saji, takder ape dah yg tinggal. mama goreng ikan kering :'( maafkan kami.
2. Waktu makan, mama akan selalu sisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "mama tidak suka daging, makanlah, nak.." kadang kadang tu kami makan byk lauk, then mama dengan senangnya cakap, ambiklah lauk ni. mak dah kenyang. kadang kadang mama makan tulang ayam, isinya bagi kami adik beradik
 :(
3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata, "Istirehatlah nak, tidurlah......mama masih belum mengantuk.."
4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan duit untuk mama. Ia berkata, "Simpanlah duit tu untuk keperluanmu nak,mama masih ada duit."
5. Saat anak sudah berjaya, menjemput mama untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua mama tak ada siapa nak jaga, mama seronok tinggal di sini...mama tak biasa tinggal di sana."
6. Saat menjelang tua, mama sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi mama masih boleh tersenyum sambil berkata, "Janganlah menangis, mama tidak apa-apa, cuma sakit sikit aja"
Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat mama. Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, mamaselalu menganggap kita anak kecilnya, risaunya mama teramat sangat tentang diri kita, tetapi beliau tidak mahu anaknya untuk risaukan tentang dirinya.
Semoga semua anak di dunia ini, dapat menghargai setiap kebohongan seorang mama...!! karena beliaulah malaikat nyata yg dikirim oleh ALLAH untuk menjaga kita..
terima kasih MAMA....semoga ALLAH membalas segala pengorbanan MAMA kepada kami dengan SYURGA yang abadi.

No comments:

Post a Comment