sajak kedua, berkisar kehidupan di PLKN, maaf sekali lagi jika ayat tidak puitis:)
Ku terdiam luka seketika,
taktala menerima khabar duka,
dirasakan beban bukan kepalang,
berat rasa hati melangkah pergi,
kerana pulanganya tidaklah seberapa,
meneruskan perjuangan yang sia-sia,
membantutkan agendaku untuk berfiesta.
Jika tidak kerna undang memaksa,
sudahku berada di hujung dunia,
jika tidak kerana negara,
sudah lama hatiku bebas sengsara,
ku akur demi ayah bonda,
mengharapkanku berubah pabila masa tiba,
impian mereka melihat ku menjadi insan berguna,
untuk nusa dan bangsa tercinta.
Tiba masa ku jejakkan kaki dibumi satria,
egoisku mulai menipis,
transformasinya diriku kerana ilmu ilahi,
darpiada pasif menjadi proaktif,
langkahan kejayaanku bermula di sini,
di tempat yang pernah kukeji,
bertapak sudah dihati.
Hari-hari disini bermadah seri,
bukan dibadai cinta atau tsunami,
disebabkan ketinggian jati diri,
aku tampil ligat dan berani,
dalam berkongsi persepsi peribadi,
hasil jasa guru yang tak berbelah bagi,
yang tak pernah jemu memberi sokongan dan bakti,
agarku menjadi insan berilmu berbudi,
menjadi sanjungan dizaman kepimpinanku nanti.
ku temui sinar keinsafan tanpa disedari,
menjadikanku lebih terbuka hati,
mengamalkan ilmu agama sebagai benteng diri,
yang menghalangku melaksana amanah ilahi,
selamat tinggal zaman jahilku,
kanku pastikan kau berhenti disni,
wahai parasit perosak bangsaku!
nukilan: Mohammad Aklis bin Azmi
nice.
ReplyDelete