18 Apr 2012

Biasiswa dan Keputusan SPM


Seperti biasa, tahun demi tahun,selepas hari pertama keputusan Sijil Pelajaran Malayisa di umumkan, berpusu-pusu pelajar ke enjin Carian GOOGLE untuk mengakses biasiswa untuk pelajar SPM. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya dibanjiri pertanyaan mengenai biasiswa oleh rakan-rakan saya. Maklumlah biasiswa yang diberikan sangat mencukupi serta dapat menampung segala perbelanjaan makan,minum dan penginapan pelajar,  keputusan SPM 2011 telah meningkat. Banyak yang dapat semua A+, persaingan semakin ketat, tambahan yang dapat keputusan yang cemerlang didominasi oleh pelajar kaum Cina. Dasar penajaan JPA pon semakin berkurang, dan hanya akan menaja kepada mereka yang berhak(pelajar yang mendapat 10A+) banyak isu di sini, termasuk MARA yang tidak lagi menyediakan penajaan kepada pelajar lepasan SPM, dan hanya akan memberikan pinjaman boleh ubah kepada mereka yang berkelayakan.. keputusan saya pon tidaklah secemerlang mana, dan rasanya tidak layak untuk memohon mana-mana bantuan kewangan. saya tidaklah terlalu mengharapkan kepada biasiswa kerana banyak persaingan daripada pelajar semua A, saya hanya berserah kepada yang Maha Esa, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya, kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak berjaya mendapatkan biasiswa, anda tidak perlu kecewa, kerana masa depan anda bukanya bergantung kepada biasiswa semata-mata. Siapa tahu jika anda diberi penajaan, anda akan lalai dalam pelajaran, prestasi anda semakin merudum? Semua yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. tidak perlu berduka. rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana, kita sebagai hambaNya perlulah berusaha untuk rezeki yang dikurniakan keatas semua makhluk, siapa yang berusaha, dan tidak mudah berputus asa, pasti akan berjaya kelak. percayalah wahai saudarku, sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengujimu dengan ujian yang tidak mampu kamu tanggung. Jadikan ujian daripadaNya sebagai medium untuk meningkatkan ketaqwaan kepadaNya dan menjadi manusia yang mensyukuri nikmat kurniaanNya. Mungkin juga ujian yang diberikan sebagai tanda supaya manusia tidak lali daripada mengingatinNya. Jadi tiada apa yang perlu dipersoalkan, jika anda tidak dapat penajaan, sedangkan rakan anda yang memperoleh keputusan jauh lebih rendah diberi penajaan. redha dengan ketentuannya. Semestinya, kepada mereka yang tidak memperoleh keputusan yang membrasangkan, tidak mengapa, anda boleh cuba semasa di Universiti nanti. Jangan risau, kegagalan dalam SPM tidak bermaknah masa depan anda hancur punah. " SPM is not the end of life and just don't be too disappointed with it". Malah, anda boleh jadikanya sebagai satu pengajaran kepada anda supaya berusaha dengan lebih gigih. Kepada yang telah berjaya, anda seharusnya berusaha dengan gigh juga, jangan jadikan keputusan SPM anda yang cemerlang sebagai satu tiket untuk anda bersuka ria apabila menjejakkan kaki ke alam universiti. berjaya sekali tak bermakna anda berjaya untuk selamanya. ingat lah pesan saya wahai saudaraku. Pengakihiranya, sama ada anda berjaya atau tidak, ilmu itu perlu dituntut bahkan sehingga ke liang lahat. Jadi marilah kita mendekatkan diri kepadaNya dengan cara menuntut ilmu :)

No comments:

Post a Comment