13 Nov 2012

berkecil hati juga dikira dosa.

~Berkecil hati juga dikira berdosa???!!

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

Bacalah kisah ini:

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa..Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia,kita juga berdosa..Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah..Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia..Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan..Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo.. Ook..

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..“Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu” dan sebagainya..Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain..“Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu.

so sebagai manusia yang 'normal', mesti kita akan sentiasa terasa kalau ada orang cuba menjatuhkan kita dan mungkin terasa dengan diri sendiri lepas ada buat benda yang salah. sebenarnya, bagi pandangan aku, ini adalah petanda yang sangat lah bagus sebab hati kita masih lagi hidup, yakni, kita masih lagi terasa apabila kita buat kesalahan. tak begitu? 

bagus jugak sebab kita at least ada je kesedaran diri bila orang mula mempertikaikan kebolehan kita, menyakitkan hati kita menandakan hati kita ni sebagai manusia, mempunyai kelemahan dan kekurangan masing masing. tak ada manusia sempurna, dan mampu mengingatkan diri kita bahawa kita ni hamba Allah, tiada apa yang boleh menjadikan kita lebih sempurna daripada Sang Pencipta, jadi tiada apa yang boleh dibanggakan atas diri kita kerana semua ini milik Allah yang hanya dipinjam di dunia untuk melihat ketakwaan kita dalam menerima qada' dan qadar Allah S.W.T. InsyaAllah :) 





No comments:

Post a Comment