fakta ! israel laknatullah ! |
Saat anak-anak kecil dan remaja kita sibuk bermain bola sepak di kala petang dengan kegirangan dan kemeriahan.
Anak-anak kecil dan remaja PALESTIN sibuk bermain peluru dan bom DuaPuloh Ampat Jam setiap hari.
Pulangnya anak-anak kecil dan remaja kita dari bermain bola dengan berkata, "Ibu, hari ini adik jaringkan dua gol" "Abah tadi ada kawan tendang kaki along kuat kuat." "Nenek esok teman ali pergi taman lagi ye." Pulang dengan kegirangan di hati. Pulang dengan tangisan kekalahan bermain bola.
Pulangnya anak-anak kecil dan remaja PALESTIN ke rumah dengan berkata, "Hari ini kawan saya mati ditembak petang tadi." "Ummi esok adik nak ikut abang ke Syurga. Tak bestlah abang dah takde dekat rumah. Nak ikut dia. Ummi nak ikut?" "Abi, esok abang nak ikut pergi 'jalan-jalan'. "
Permainan anak-anak kecil kita permainan antara menang dan kalah dalam permainan.
Permainan anak-anak kecil PALESTIN antara Syahid atau kemenangan mempertahankan Islam. :'(
tengoklah keadaan mereka mereka ini? kehidupan depa penuh dengan ancaman. 24jam dihujani peluru sesat yang tidak kenal erti kemanusian, depa trauma, depa tertekan, dilubuk hati depa, depa hanya nak keamanan walaupun sesaat, namun apakah daya, kekejaman dan kerakusan israel laknatullah menyerang Gaza tidak mengira masa, asal sahaja dapat melihat rakyat islam palestin mati, sudah cukup untuk memuaskah hati depa. :'(
kita sebegai rakyat, hidup dalam keadaan aman damai, mintak bersyukur, negara yang kaya dengan makanan, kaya dengan sumber, dan jauh dari ambang peperangan. tapi kita jangan sesekali alpa dan leka, sentiasalah bersedia, bila bila sahaja kita boleh ditimpa bencana ataupun peperangan. masa depan kita tak tahu, sementara kita masih mampu, marilah bersama sama berdoa agar umat islam di palestin dikuatkan iman, dikuatkan physical dalam menghadapi serangan membabi buta tentera israel yang tidak mengira usia. tua dan muda di hentam tanpa sebab yang nyata.
sudahlah merampas tanah dan mendirikan negara meskipun dilarang oleh kita suci depa. memang bangsa yang dengki dan degil walaupun kenyataan ada depan mata, bersabarlah wahai saudaraku. umat islam seluruh dunia sentiasa mendoakan kesjahteraan dan keselamtan pejuang pejuang islam yang sedang menegakkan keadilan meskipun dalam keadaan kurang berkemampuan,
namun semua itu tak menjadi penghalang keepada mereka untuk teruskan perjuangan depa yang belum selesai. walau depa tau mungkin depa tak boleh bertahan lama, namun asalkan diorang berjuang di jalan ALLAH SWT mati itu merupakan satu pengorbanan untuk anak bangsa dan insyaAllah, mereka mereka ini syurga tempatnya
mari mendoakan mereka :
lihatlah negara kita yang AMAN & MAKMUR. bersyukurlah kita, berhenti merungut. kita malaysia, makanan dibazirkan merata rata, seolah olah nilai sebutir nasi itu tiada maknannya. di palestin,mereka makan apa yang ada, tiada elektrik, tiada akses ke dunia luar, hidup hari hari menghidu bau belerang, rumah rumah mereka dibomb, dalam keadaan tak sempurna tidur, sudah lah tidur tak lena akibat ketakutan. diorang berpanas dikala siang, bergelap taktala malam, malaysia? elektrik jarang putus,bekalan air dimana mana, rumah masih sempurna :'( sama samalah kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dekat bumi malaysia, insyaAllah, supaya kita semua mampu menjadi mukmin yang sejati :) insyaAllah
No comments:
Post a Comment