Bergelar isteri kedua bukanlah perkara mudah bagi wanita, dipandang hina masyarakt, dicaci,dihina serta dilemparkan tuduhan tanpa punca ke atas diri mereka? apa salah mereka? apakah hak kita sebagai umat islam untuk menjatuhkan hukum ke atas isteri kedua? mereka juga manusia, mempunyai harga diri, maruah dan perasaan, beginikah layanan kita terhadap mereka? mereka bukanlah perampas, kerana kasih sayang yang Allah kurniakan kepada setiap manusia perlu dikongsi, bukan dijadikan hak milik kekal bagi setiap individu. Lihat sahajalah bukti kasih sayang perlu dikongsi, dalam satu keluarga, setiap anak akan memperolehi kasih sayang daripada ibu bapa mereka, semuanya perlu dikongsi, kerana ianya satu pinjaman untuk manusia. begitulah juga suami, kadang kala sama ada secara paksa atau sukarela, insan yang bergelar isteri pertama perlu berkongsi suami, mungkin bagi mereka perkara yang melecehkan dan perkara yang paling sukar untuk mereka terima, oleh itu, kemarahan mereka pasti akan berganda jika suami mereka berkahwin di sempadan, dan tidak diketahui sehingga bertahun-tahun lamnya. mungkin akan tertekan, ada yang nekad menyerang si isteri kedua dengan penuh kemarahan dan menyalahkan mereka 100%, perkara ni menyebabkan timbul kebencian anata kedau-dua belah isteri dan saling cuba untuk menghancurkan hidup masing-masing. aku bercakap berdasarkan fakta, dulu mak aku pernah dimadukan ok, dan aku berdepan situasi yang sama. satu ketika dahulu. tak perlu aku ceritakan. macam provoksasi si isteri muda dan tua cuba lakukan, yang paling ketara, mereka akan menyemai putik kebencian ke atas anak-anak mereka untuk membenci madu mereka sendiri. si isteri tua akan meyemai bibit kebencian dengan menuduh si isteri muda meyihir si suami untuk memastikan anak mereka membenci mak tiri mereka secara total, begitulah juga sebaliknya bagi si isteri muda.memprovokasikan si anak, dengan macam hal, mungkin banyak diantarnya hanya fitnah. beginilah terjadinya perang dingin antara kedua isteri, kerana apa? kerana tanggapan masyarat bahawa si isteri muda ini perampas kebahagian, disini pandangan masyarakat mempengaruhi cara pemikiran anggota masyarakat itu sendiri. selain daripada keburukan semata-mata, mari kita timbulkan kesenangan kehidupan bermadu. andai kata si isterima pertama redha dengan ketentuan Allah, menjalinkan hubungan yang akrab dengan isteri muda, selalu mengunjungi, bertukar-tukar juadah masakan, bergotong royong bersama-sama, senang , tiada pergolakan dalam rumah tangga, begitu lah juga si suami, jangan sesekali mengabaikan mana-mana isteri, ikuti lah cara berpoligami yang adil mengikut ajaran islam.yakni banyak kebaikan yang dapat
|
tak ada kena mengena sekadar hiasan |
Antara kebaikan berbaik sesama MADU:
+mudah mendapatkan bantuan jika dalam kesesakan.
+terdapat ramai tenaga yang boleh membantu sewaktu ingin berpindah rumah ( tenaga anak sendiri+tenaga anak tiri+tenaga madu+ keluarga madu + tenaga keluarga madu) berbaloi kan.
+bertukar tips masakan, atau sajian,
+boleh membantu ketika berpantang(selepas bersalin)
+boleh menjaga anak-anak tiri lain jika madu lain sakit.
+ anak-anak kita+tiri boleh mendoakan kesajahteraan kita, bila kita dah meninggal!
+ dapat pahala setiap kali berbuat baik.
dan banyak lagi
p/s: saya pernah mengalami situasi ni. jadi ini persepsi aku terhadap sesuatu, sebarang bantahan, sila komen, isnyaAllah akan dilayan
No comments:
Post a Comment