|
lebih kurang macam ni la alat yang dipadsang. |
kelmarin, 29 April, aku kena pergi Hospital Sultanah Bahiyah, ada temu janji dengan doktor sebab tonsil aku bengkak di dua-dua belah bahagian. Aku memang agak gembira sebab aku tak nah ada pengalaman di wad, kecuali masa aku mula melihat dunia. sebelum masuk wad, aku kena perkisa aku punya pernafasan, doktor ada buh satu alat dalam hidung yang ada kemera, sakit juga, meleleh air mata lelaki aku, dia suruh tarik nafas dan hembus smbil tutup hidung, aku tak pasti apa yang berlaku. lepas ja habis, doktor buat dokumen penempatan di wad, aku dapat Bilik 28, Anggerik 6A level 5, sesampai ja dekat kawasan 6A, aku terus jumpa kak-kak "misi" yang baik hati, baru buat praktikal sini, merekalah yang bawak aku ke bilik 28, sungguh aku terkesima, sesaat aku pijak masuk dalam bilik tu, hati aku riang berbunga, sebab bilik tu aku seorang ja, persis VIP la pulak, tilam spring mahal, memang sedap tidur, bilik air personal, radio dan karpet comel. hahaha, agak terkejut juga, lepas itu aku ditinggal sorang-sorang, punya bergolek sana sini, sms sana sms sini, aku rasa mengantuk la, aku cuba gagahi juga mata aku dari tertutup rapat dibuai mimpi, teringat pesana "misi" supaya jangan tidur, aku cuba cari alternatif lain, aku pasang radio, dengar punya dengar, lagu yang hampeh membuatkan aku mengantuk , aku tak mampu menahan, terus aku terlelap dalam seminit, "misi" masuk kejut aku, agak stress juga sebab dari pukul 1-10 aku menahan diriku daripada diulit mimpi. bukan senang nak menumpaskan nafsu tidur yang kuat, ditambah pujukan syahdu katil mahal kan. pukul 5.30 ada orang mai hantar makanan, aku punyalah tak sabar nak buka , buka ja, masyaAllah, sedapnya hidangan, ikan nyok-nyok masak lemak+ kacang bendi berlendir goreng, mood aku mulai goyah, aku memang tak suka speses sayuran berlendir ni yang buat aku loya, dengan berbekalkan semangat BERSIH 3.0, haha, aku suap jugak sayur tu dalam mulut. hanya Allah saja yang tau bagaimana rasanya makan benda tu, saat inilah makanan dirumah mulai bermain di minda, bagai mengejek aku. dengan egonya aku kembali ke katik dengan beribu sesalan, aku mulai menghayati musik dicorang radio sony, aku mendengar sehingga terlelap, dalam jangka waktu 2p.m sehingga 10p.m diriku sering dikunjungi "misi-misi" praktikal yang akan memeriksa tekanan darahku. bersyukur dalam hati masa cik misi memeriksa tekanan darah, sekurang-kurangya ada juga orang yang datang berbual :D terima kasih kepada mereka kerana melayan saya dengan layanan umpama Datuk Seri Najib, sebelum tidur, Puan Misi datang membawa alat yang bakal menjejaskan lena tidurku, memasang alat pengira apa pun tak pasti, melilit badanku dua kali, memasukkan tiub ke dalam hidungku, aku bergolek sini sana, dalam keadaan tak selesa, akhirnya terlelap jua.keesokan harinya diriku dibebaskan jua oleh makhluk melilit badanku tanpa rela. Aku menyiapkan diriku, mengemas pakaian, dan keluar dari wad dengan bangganya meneruskan agenda aku ke kafeteria untuk menikmati juadah sepuas-puasnya~ haha.. HABIS
No comments:
Post a Comment