27 Apr 2012

anakku sayang.

bercakap mengenai anak, satu anugerah  tuhan kepada pasangan suami isteri dan juga menjadi rezeki kurnianNya yang tak ternilai harganya. namun ada pasangan yang tak berhasrat untuk mempunyai anak atas sebab akan hilang segala aset apabila melahirkan anak kelak. terserahlah kepada mereka. namum pada hari ni aku nak menulis mengenai didikan ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Ibu bapa pada zaman GLOBALISASI bimbang apabila:


+anak mereka gagal menguasai ilmu duniawi berbanding ilmu-ilmu ukhrawi
+jika anak mereka gagal menguasai bahasa inggeris berbanding menguasai ilmu agama
+ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak mereka menyanyi berbanding melagukan ayat al-Quran
+anak mereka tidak menghabiskan kerja rumah daripad menghabiskan bacaan al-Quran
+Ibu bapa terlebih dahulu memperkenlkan dengan gadget-gadget terkini berbanding memperkenalkan dengan naskhah al-Quran
+anak mereka dihantar ke pondok pengajian islam kerana bimbang masa hadapan anaknya gelap


TETAPI tahukah mereka apabila mereka meninggal kelak, anak-anak mereka tidak boleh:


+menghadiahi mereka dengan ayat-ayat suci akhirat.
+mengimamkan solat jenazah mereka.
+tidak boleh mengajar mereka mengucap syahadah apabila masanya tiba.
+tidak berdoa untuk kesejahteraan mereka DAN lain-lain

KERANA mereka tidak di sumbat dengan ilmu-ilmu ukhrawi
p/s: aku minta maaf jika ada tersinggung mana-mana pihak. aku tulis entri kali ni sebab nak peringat memperingati antar sesama kita kerana kita mungkin bakal menjadi ibu bapa kepada anak kita. bagilah kepada mereka didikan ukhrawi dan duniawi yang seimbang agar mereka mampu menjadi insan yang mampu berbakti kepada ibu bapa mereka kelak :D sama-samalah kita berusaha ya . sekali lagi aku minta maaf, harapan dilontarkan komen yang membina di ruangan bawah. terima kasih

No comments:

Post a Comment