membentangkan idea! |
"be your self", ok, dalam konteks ini, menjadi diri sendiri, mungkin sestengah orang, mereka manjadikan ini sebagai alasan untuk berpakaian yang mencolok mata, menonjolkan perangai mereka yang menyakitkan hati dan sebagainya(terlalu banyak). Jika manusia berpegang kepada konsep menjadi diri sendiri, mungkin surau akan menajdi kesunyian setiap kali azan berkumandang, masyarakat mulai menganggur, si isteri lari meninggalkan tanggunggjawab dan banyak kesan buruk. tetapi, saya tak mengatakan bahawa menjadi diri sendiri ni membuahkan hasil yang buruk semata-mata. Kadangkala menjadi diri sendiri (ketika memebentangkan kertas kerja, ujia oral, persembahan dan sebagainya) menjadikan diri kita lebih unik dan mampu mebuahkan hasil yang positif di samping mampu meningkatkan keyakinan diri dalam apa jua yang kita lakukan !Jadi tak semestinya menjadi diri sendiri akan membuahkan hasil yang negatif semata-mata.
"be somebody" tidaklah bermaksud anda perlu menjadi orang lain 100%, dalam konteks kehidupan, bagaimana kita mencontohi tindakan seseorang untuk lebih berjaya dalam kehidupan kita? mungkin kita boleh mencontohi sikap terpuji yang ditonjolkan atau sifat-siaft lain yang ada pada diri yang membuatkan dirinya berjaya. mungkin ada orang cakap anda cuba menjadi seorang yang hipokrit, pada hakikatnya tidak, mungkin anda tidap perlu mencontohi orang lain, sebagaui contoh, anda memerhati perwatakan si A ni sebagai seorang yang serius, dan anda cuba menjadi serius sepertinya, padahal anda seorang yang periang, suka buat lawak, apa perasaan rakan-rakan anda dengan perubahan drastik anda? kalau perubahan anda seperti perwatakan menjadi lebih baik apa salahnya , jadi fikir-fikirlah. contohilah mereka yang baik dan jauhi sikap mereka yang buruk, insyaAllah, moga-moga kita akan menjadi insan yang berjaya.
whoever you're,be a good one
No comments:
Post a Comment