kehidupan di luar jangkaan kita, jika kehidupan kita sudah boleh dijangka, alangkah tidak bermaknanya kan? :)dan mendapat sesuatu yang kita tidak pernah jangka amat menggembirakan hati kita, terutamanya apabila kita menganggap pemberian itu salah satu tanda kasih sayang dan tanda pemangkin semangat kepada kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. sesunggahnya kita akan rasa dihargai dan merasakan banyak lagi orang yang masih menyanyangi kita walaupun masih mengetahui ramai yang cuba membenci diri ini! saya tak kisah. dan terus ke cerita saya. sabtu lalu, pak cik saya menhadiahkan/memblikan saya sebuah telefon samsung , corbyII, mungkin bagi sesetengah orang, "eleh, murah je la ", tapi bagi saya, biar semurah mana pon hadiah yang diberikan, saya tak kisah kerana bagi saya, asalkan pemberian itu ikhlas dari hati sudah cukup memdai bagi saya. saya amat terharu dengan pmeberian ini dan saya berjanji kepada diri saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Moga-moga Allah s.w.t permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat. dan saya mula menggunakan semula telefon setelah hampri 2 tahun meninggalkanya atas sebab yang di rahsiakan. sekali lagi, saya ingin berterima kasih kepada pakcik dan mak cik kerana sanggup bersususah payah membelikan hadiah ini walaupun keputusan SPM saya tidaklah begitu cemerlang seperti sepupu saya. sekali lagi terima kasih yabng tak terhingga dan saya akan ingat pesanan yang diberikan. moga ALLAH S.W.T memberkati kehidupan pakcik dan makcik. saya tidak ada apa untuk untuk diberikan melainkan sebuah janji ikhlas untuk belajar bersungguh :').
try to love to what you have, don't try to have to what you love
No comments:
Post a Comment