19 Apr 2012

Harapan dan cita-cita


bakal doktor?
menulis ialah minat saya



dirundung dan dipinta pelbagai cadangan dalam hidup oleh ibu bapa saya membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah kita harus menunaikan impian mereka untuk melihat kita menjawat jawatan yang mereka mahukan? haruskah kita mengorbankan cita-cita kita semta-mata untuk mereka? mungkin sewaktu kecil, saya sering di sogokkan untuk menjadi seorang doktor, ditanamkan dalam pemikiran saya bahwa saya mampu menjadi seorang doktor oleh ibu bapa. jika mana-mana guru bertanya, "apakah cia-cita anda?" secara automatiknya yang terkeluar dari mulut say ialah doktor, jika diuji dari segi kemampuan saya, dan minat, sudah lama saya kuburkan impian untuk menjadi seorang doktor. kini, setelah menilai diri saya beberapa minit, saya dapati bahawa menjadi seorang doktor bukanlah apa yang saya inginkan. dan selama ini saya hanya memaksa diri saya menyeksa pemikiran saya untuk belajar mata pelajaran elektif sains yang memeningkan saya. persoalanya disini, apakah saya harus menunaikan impian ibu bapa ? jika ya, saya harus menumpaskan kelemahan saya iaitu kemalasan yang membuatkan saya gagal mendapatkan gred A  dalam Fizik dan Kimia, seterusnya berusaha dengan lebih gigih. minat boleh dipupuk jika kita memahami apa yang kita lakukan. Jika tidak menunaikan impian mereka, apakah saya dikira berdosa? saya tidak mahu mengecewakan mereka dan dalam masa yang sama saya harus   memikirkan tentang cita-cita saya.
sejujurnya saya lebih meminati dalam bidang penulisan dan pembentangan idea. yakni saya ingin mengambil kesusateraan bahasa melayu dan inggeris ataupun undang-undang. masalahnya disini, adakan mereka akan merestui pilihan yang saya akan buat? hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk saya berfikir sebelum saya melanjutkan pelajaran dalam asasi sains pada 13 Mei ini. pemilhan kursus dalam UPU saya juga berasaskan Sains dari pilihan pertama hingga pilihan kelapan. ternyata, mahu atau tidak saya perlu mengikuti asasi sains, jadi impian saya sudah terkubur, kerana saya sudah tiada pilihan. namun saya redha dengan pilihan ibu bapa saya, biarlah saya bersusah kerana mereka
kerana mereka tidak berkira tentang kesusahan membesarkan saya selama lebih 17 tahun. kita misi saya meburu impian ibu bapa yang telah dipaksa menjadi cita-cita! misi menanam minat telah dimulakan! :) tetapkan niat belajar saya kerana ALLAH SWT. insyaAllah, semuanya akan berjalan lancar. doakan saya, somoga terus diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah. saya nak merumuskan, tidak semetinya kita kena selalu belajar apa yang kita nak, maksud saya, tidak semua yang kita mahukan akan berjaya, kadangkala, hidup ni memerlukan pengoraban , "if you dont enjoy with your job, change it, because life is bored when you hate your job" amatlah sekali tidak sesuai. minat boleh dipupuk dengan cara tertentu :) apa yang menyebabkan kita tidak minat ialah ketetapan minda kita yang mengatakan sesuatu itu susah. jadi sentiasalah berfikiran postif dan terus maju kehadapan walaupun dipaksa, kerana jika anda tidak berganjak dari tempat anda, bermakna anda insan yang p
enakut untuk menghadapi masa hadapan. sekian :)

No comments:

Post a Comment