3 May 2012
Keperitan
ni pertama kali aku rasa perit, bukan sebab tak pernah merasai kesakitan, kesakitan ni membataskan pengambilan makanan aku. Tekak aku rasa pedih walaupun minum air, nak telan air liur pun pedih sangat. Aku tak pasti apa masalah aku, aku mula takut nak mengambil makanan, sebab sakit bila nak telan, selain itu, rasa macam ada migraine ja lekat dekat kepala aku, sekali aku mendongakkan kepala ke atas, bertambah sakit kepala aku, mungkinkah ini tandanya tonsil aku yang bengkak mula memberikan kesan kepada aku? aku memeriksa tonsil aku dekat cermin bilik air waktu mandi, nampaknya tonsil tu semakin membesar! aku bertambah risau, aku takut kalau tonsil tu sekat aku punya pernafasan waktu tidur. sekarang aku dah jadi tak bermaya. badan hilang suhu dah. kadang-kadang nak buka mata pun tak larat. baru semalam sahaja aku perasan, aku tak boleh memaling muka ke kira dan kanan sehingga tahap maksima, rasa sengal-sengal otot pulak, sekarang bru aku rasa macam mana rasanya nikmat di tarik. aku rasa nak jumpa doktor esok, nak kenal pasti apa yang sedang berlaku pada diri ku? aku dah hilang semangat. ulser pun dah mula naik dekat bibir aku, satu saja, kurang minum air, betul aku kurang minum air sejak tekak aku sakit. makan pon sikit-sikit saja, aku nak berterima kasih sangat kepada geng geng group SBP94 yang banyak memberikan tips menarik untuk menghilangkan sakit tekak. insyaAllah, aku akan cuba, itu saja entri aku hari ni. tada isu apa nak dibahaskan. aku dah tak larat. ok! terima kasih kerana membacaa
Labels:
sakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment