ya Allah , bantulah hambaMu ini, tenangkanlah jiwanya, redakan kegelisahnya. - aku, sedih, risau, cuak, ketaq pequt semua ada. sebab apa? sebab TEST
aku sedih sangat, banyak tak boleh nak buat, ini TEST, bukan QUIZ, markah bukan sikit.
agak kecewa dengan ini semua, tapi aku harus redha. sapa berusaha lebih, maka dia itulah yang akan dapat lebih kan? tak gitu?
aku rasa aku terlalu kejam dengan diriku, hidup tidak kejam, malas hidup ni sentiasa adil,
jadi siapa yang menzalimi kita selain diri sendiri kan?
aku menzalimi diriku. tika diriuku meronta ronta supaya aku berusaha,
aku biarkanya begitu sahaja, menangguh nagguh masa, lebih senang berfiesta,
memang, banyak yang aku perlu soal terhadap aku, kenapa aku tak boleh jawab TEST tadi?
semuanya kerana SIKAP. SIKAP SIKAP! sikap yang tak nak berubah, asyik nak senang, mengimpikan hidup bagaikan filem, setiap pengakhiran, mesti bahagia? tidak tidak tidak. cerita ditentukan oleh penulis SKRIP, hala tuju kita ditentukan Allah melalui cara kita? kan? betul apa yang aku cakap??
contoh: Allah mengurniakan kepada si Ahmad kelebihan yang luar biasa, boleh faham dengan kadar segera,
namum, Ahmad tahu ini kelebihanya, namun dia lalai, dia sudah fikir dirinya pandai, akhirnya gagal dalam pengajian!
tengok, Allah dah membuka peluang seluasnya, cuma kita sahaja sebagai hambaNya harus tahu cara memanfaatkan peluang yang telah diberikan. JANGAN jadikan alasan sebagai dinding untuk melepaskan diri. sedangkan kita semua tahu, gagal, berjaya, banyak ditentukan oleh kita, kecuali, Allah tidak mengizinkan seseorang hamba itu memperolehi apa yang dihajati meskipun tidak putus putus berusaha, mungkin Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang lebih bermakna berbanding apa yang dihajatinya. bukan? disinilah KEAZAMAN, KEGIGIHAN, KESABARAN, PENGORBANA perlu dilakukan, untuk membolehkan cita cita tercapai. isnyaAllah. ALLAH SWT sesungguhnya TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA BIJAKSANA. segala ketentuan dalam hidup ini ditentukan olehNya. tetapi jangan sesekali menggunakan ini sebagai alasan untuk tidak berusaha, 'kerana' Allah SWT sudah mentapkan apa yang terbaik untuknya. ini salah sama sekali. USAHA + DOA----> TAWAKAL
BANYAK orang tau pasal FORMULA kejayaan ini. mari kita sama sama mengamalkan wahai pembaca! agar sama sama mencapat kecermelangan dalam dunia mahupun di akhirat. insyaAllah, sampai disini sahaja coretan aku, moga moga mampu memberikan sedikit manfaat kepada pemabca :)
No comments:
Post a Comment