22 Jul 2012

what did I do, 1st Ramadhan


Alhamdulillah..just went back from PAS, SACC Mall --, tak sempat nak berterawih dekat RSU, setelah lebih kurang 4 jam mengusung perut lapar, pergi dari satu kedai ke satu kedai computer untuk untuk sesi tawar menawar, pujuk memujuk dalam pembelian laptop. akhirnya persetujuan dicapai,kemudian pula diteruskan dengan sesi menebas rambut yang sudah 40 hari tidak ditebas,
ringan kepala, senang hati. kemudian, zahir dan batin terseksa dek didera oleh bus, 2 jam 15 dalam bus lompat RAPID KL mebuatkan aku bosan di tahap maksima, apatah lagi setelah sejam melayari mimpi dalam bus, tiba tiba aku terkesima melihat dua orang kaum hawa duduk di sebelah aku --, padahal tadi kawan aku ada disisiku! ciss. terkejut persis biawak diterjah skuad MELODI. kemudianya, sampai juga aku di BUMI PALAM yang indah permai, lagi mengasyikkan. tapi taktala aku berjalan, segerombolan teman teman perjuangan islam sudah selesai menunaikan solat sunat tarawih, thumbs up for them, booo for me . agak jealous disitu. takda peluang harini nak bertarawih bersama rakan rakan PALAM, di bilik sajalah hari ni. apa apa pon. best lah! :D i dont know much about the specs of the laptop that hairul's friend bought. btw, its cool, nice design from DELL. rambang mata kot masa pergi sana. i wish i could have them all. tapi bila check duit. alahai. haha.. nyawa nyawa ikan. memang sedap mata memandang. sedap lagi duit yang terbakar. btw, laptop aku masih ok. takda apa yang perlu diperbaiki. gunkakan dengan sebaiknya, aku kena save bujet ni! yeah. save save. aku dah banyak dah habis duit semenjak duit kpt masuk. alahai .beringat sebelum kena. banyak wish aku tak tercapai lagi, aku nak all new ipad, macbook air, dslr(nikon), i phone, ipod. O.O selera besar nampak aku, haha, bukan murah semua benda yang berjenama apple putih ni, kelam mata kalau beli. hahaha, btw, aku taklah tersedak, opss terdesak sangat nak memiliki gadjet gadjet ni. ada laptop pon dah cukup bagus. biarlah dipanggil tak up to date jangan sampai nanti nak makan pon tadak sebab gadjet, tak penting sangat pon, sebab jadi trend sekarang ipad, tab, galaxy jadi kegilaan dan fenomena luar biasa dalam kalangan remeja.

btw, aku nak kongsi satu cerita. haha. tadi masa aku tengah survey survey barang, tiba tiba nampak budak yang belum boleh jalan dengan lancar dah pegang ipad --, cisss. budak budak zaman sekarang, sejak kecil dah di berikan ipad, no wonder la sekrang budak budak sekolah rendah kenkadang lebih cekap it dari kitaorang ni . memang thumbs up la. tapi kalau terlalu didedahkan pun tak bagus jugak kan. takpalah. malas nak berleter atau membebel panjang dalam entry kali ni! enjoyy. assalamualaikum,