9 Aug 2012

SAJAK KE-4 (PENANTIAN)

sajak ke-4 dari aku, bahasa mungkin tidak sehebat sasterawan. kerana aku masih belajar, belajar dan akan terus belajar :) this is what i used to do during my leisure time ! mengharapkan pandangan dan komen membina dari pembaca sekian.

taktala senja hilang warba,
  burung burung riang berfiesta,
tawa ria ampuh bersama,
  hari semakin gelita. 

awan terbentang luas,
  sinaran mentari suram memancar,
gelodak jiwa ganas menggila,
  menunggu kepulangan insan istimewa,

pancaindera terseksa sengsara,
  merenung jauh alam sana,
bayangan gembira umpa dusta,
  menjanjikan harapan nista dikuburkan.

hijau daun bertukar rona,
  sekusam keamatan cahaya,
pandangan mata masih sama,
  mengsggsp duka dikatakan tawa.

tiba masa gundah, 
  semanis janji ditaburkan,
kepahitan dituai amarah,
  dimana karangan janjimu?

membiar mimpi mencengkam diri,
  biar dusta jadi permata,
tawa pengubat duka,
  hati lara dibiar luka

biar masa menentu,
  biar takdir menentu,
destini ke hujung buana,
  agar bebas sengsara,
merdeka minda dan jiwa.

sayang entah ke mana,
  rindu dibiar layu,
dusa nestapa teman setia,
  bersama hingga saatnya tiba

detik kehilangan menyeksakan,
  penantian satu igaun,
membawa sebuah harapan,
  hilang sudah dalam kealpaan.

nukilan sepnuhnya,
Mohammad Aklis Azmi, 6/8/2011

No comments:

Post a Comment