14 Nov 2012

Jangan Hina Orang Tak Tutup Aurat Mula Berdakwah ♥

‎[ Jangan Hina Orang Tak Tutup Aurat Mula Berdakwah ♥ ]

Bila ada wanita seksi post pasal dakwah, jangan kita pandang hina. Dosa dia cuma tak tutup aurat je, ibadahnya dalam menyampaikan mesej dakwah masih boleh diterima. Lagipun hina & mulia seseorang hamba hanya Allah sahaja yg layak menentukan.

' Jangan pernah menghina PERMULAAN seseorang kerana kita tidak pernah tahu PENGAKHIRANNYA, ' Mungkin darjatnya lebih tinggi disisi Allah. Siapa tahu??

Allahu Akbar !! jangan ya wahai saudara se-islam, jangan hina diorang! kita yang rasa baik ni sepatutnya mula sedar diri, walaupun kita ni baik, alim, berilmu pengetahuan, tapi pengakhiran kita macam mana? bolehkah kita istiqamah? kita tak tahu bila kita akan diuji. kita tak tahu apa jenis musibah yang Allah akan turunkan kepada kita untuk tengok sejauh mana keimanan , kesabaran kita dan keikhlasan hati kita dalam menerima segala ujian Allah SWT dengan hati terbuka.





darjat kita di akhirat kelak siapa tahu kan, orang yang dulu kita hina dia kerana kejahilannya, yang mula meyebarkan dakwah, walaupun ketika itu auratnya masih tidak sempurna, mana tahu akhirnya, dia menjadi muslim dan muslimah sejati. kita tak tahu takdir kita, kita hanya mampu berdoa agar Allah memelihari iman kita, akal kita daripada perkara yang mampu merosakkan kita, yang mampu membuatkan kita jauh dari islam, propaganda agama lain dalam menghancurkan islam  perlu diingat, andai kita rebah, sukar untuk kembali ke jalan Allah. walaupun nasihat dari seorang pelacur, terimalah dengan hati terbuka, dan tetapkan diminda, nasihat itu merupakan cara Allah untuk mengingatkan kita. jika masih ramai orang yang menegur kita, tadahkan tangan tanda kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah kerana masih lagi menghantar hambaNya yang lain untuk menegur salah silap kita, beristighfarlah. insyaAllah :) kita hidup sematam mata mahu mencari keredhaan Allah SWT. keredhaan utama yang perlu dicara walau apa jua yang kita lakukan.moga moga entri ini mampu memberikan kita satu kesedaran yang masyarakat sekarang memandang seorang terhadap orang yang seksi menyebarkan dakwah melalu fesbuk dan twitter. insyaAllah







No comments:

Post a Comment