13 May 2012

soal masa depan

Sudah lama aku tak mengemaskini blog ni, bukan kerana sudah malas untuk berbicara, tetapi dihambat kesibukan yang kian terasa, aku sekarang sedang mempersiapkan diriku untuk menyambung pengajianku di peringkat asasi sains di universiti teknologi mara kampus puncak alam untuk program 1 tahun. Memperlengkap borang-borang maklumat pelajar dan borang perjanjian asasi, agak letih juga meskipun hanya mengisi, kadar denyutan jantungku kini di paras yang tidak  normal, bukan kerana fibrilasi artrium atau penyakit seumpama itu, tetapi kerana memikirkan masa depan aku yang tidak nampak lagi cahaya apa-apa, kerana apa, aku sungguh gentar untuk meneruskan pengajian  kerana aku sudah hilang segala ilmu yang aku belajar sepanjang tingkatan 4-5, tambahan untuk subjek kritikal aku, iaitu fizik, hampir semua formula aku sudah lupa, macam mana aku nak meneruskan pengajian kan, mungkin pelajar yang seangkatan aku pun mengalami masalah yang sama, lupa! Ialah, dah lebih 6 bulan meninggalkan kitab-kitab spm di dalam setor keseorangan, bukanya tak nak tengok, banyak manusia yang terpaksa, ada yang pergi kerja, menghadiri benda alah, PLKN, dan sebagainya. Aku agak tertanya-tanya, semua benda yang kami lupa tu akan diulang semula ka masa pengajian di peringjkat asasi,matrikulasi, A-level, tingkatan 6??dalam fikiran aku memang penuh dengan azam dan tekad, untuk mendapat “4flat” setiap semester, ya, itu azam aku, jadi aku boleh menyambung MBBS masa ijazah pertama nanti, nak merealisasikan impian aku sejak umur 8 tahun untuk bergelar doktor. Aku masih tercari-cari , macam mana nak merealisasikan impian aku. “4flat” setiap semester bukanlah sesuatu yang mustahil kan??? Sangat tidak mustahil, jika orang lain boleh, kenapa tidak aku? Mempunyai akal, otak dan kelebihan masing-masing, apa yang penting, mestilah pandai menggunakan kelebihan diri untuk berjaya. Betul? Perbelanjaan masa di universiti macam mana? Cukupkah duit sara diri yang diberikan kerajaan?*aku memang makan banyak, tengok badanlah* kalau cukup-cukup, terpaksalah aku mengehadkan pelaburan aku dalam makanan, haha, jadi aku dengan kawan baik aku merancang, rm8 sehari, pagi makan lah roti kering dengan susu,bawak dari rumah, makan tengah hari dengan malam, air minta air suam ja *konon boleh berjaya dengan rancangan ni* boleh berjaya ka?  Kalau betul rancangan ni dilaksana, kurus keringlah aku jadinya, mungkinkah? Sambil berjimat duit, sambil menguruskan badan, haha! Apa-apa sajalah, tak mahulah aku terpesong jauh, setakat ini sajalah coretan aku. Sekian~

6 May 2012

"couple" makes trouble?

"couple" atau berpasangan, memang sinonim dengan remaja (termasuk saya --,) kadangkala, "couple" tu boleh menjadi kemashuran kepada orang yang buta hati, (ops bukan untuk semua "pengamal couple" ya). ini pandangan saya, dan saya bukanlah sesiapa nak bagi nas-nas atau bukti, bahawa couple itu HARAM, kan? mengikut islam? "couple" yang halal ialah "couple" selepas akad nikah yang sah disisi islam dan syarak . betul?

bagi saya, "couple" boleh jika pasangan itu:
  • tidak pernah berjumpa bertentang mata
  • tidak pernah berbual di telefon atau "live"
  • tak pernah pergi berpeleseran(paham-paham)
  • kalau nak cakap boleh(kena buat suara rockers sikit, bagi perempuan :D)
  • kedua-dua pihak tidak menyimpan gambar pasangan masing-masing
  • menjadikan bapa si gadis sebagai medium menyampaikan pesanan
  • akad nikah secara sah
p/s: mesti pembaca hairan, ni macam tak berpasangan la pulak, tolonglah paham, ni pandangan saya :D

bagi saya, orang yang berpasangan(tanpa akad nikah yang sah) itu menghabiskan masa secara sia-sia, mungkin boleh dilabel *bodoh* (ops, kepada yang berkenaan harap maaf), setiap masa dihabiskan di telefon, jika seorang perempuan bercakap secara lembut, yakni boleh menimbulkan keghairahan kepada si lelaki, ingat-ingat ya) dan berhati-hatilah jika ada orang menanyakan apa yang anda sedang lakukan, terutamanya perempuan, jangan sesekali memberitahu bahawa anda baru sahaja selesai mandi, baring-baring dan sebagainya, kerana si jejaka akan memikirkan keadaan anda. AWAS! Dan jika ada seseorang menghadiahi anda sebtol minyak wangi dah meminta anda memakainya ketika hendah bertemu, AWAS! mungkin haruman itu mampu membuatkan anda dalam bahaya! mungkin mampu meningkatkan nafsu si pemberi, sebaliknya, simpan la haruman itu sebagai perhiasan sahaja. Apa-apa yang anda lakukan. ingatlah kesan buruk, dan janganlah anda berfikiran secara singkat.yakni boleh mengundang bahya. sekian

3 May 2012

Keperitan

ni pertama kali aku rasa perit, bukan sebab tak pernah merasai kesakitan, kesakitan ni membataskan pengambilan makanan aku. Tekak aku rasa pedih walaupun minum air, nak telan air liur pun pedih sangat. Aku tak pasti apa masalah aku, aku mula takut nak mengambil makanan, sebab sakit bila nak telan, selain itu, rasa macam ada migraine ja lekat dekat kepala aku, sekali aku mendongakkan kepala ke atas, bertambah sakit kepala aku, mungkinkah ini tandanya tonsil aku yang bengkak mula memberikan kesan kepada aku? aku memeriksa tonsil aku dekat cermin bilik air waktu mandi, nampaknya tonsil tu semakin membesar! aku bertambah risau, aku takut kalau tonsil tu sekat aku punya pernafasan waktu tidur. sekarang aku dah jadi tak bermaya. badan hilang suhu dah. kadang-kadang nak buka mata pun tak larat. baru semalam sahaja aku perasan, aku tak boleh memaling muka ke kira dan kanan sehingga tahap maksima, rasa sengal-sengal otot pulak, sekarang bru aku rasa macam mana rasanya nikmat di tarik. aku rasa nak jumpa doktor esok, nak kenal pasti apa yang sedang berlaku pada diri ku? aku dah hilang semangat. ulser pun dah mula naik dekat bibir aku, satu saja, kurang minum air, betul aku kurang minum air sejak tekak aku sakit. makan pon sikit-sikit saja,  aku nak berterima kasih sangat kepada geng geng group SBP94 yang banyak memberikan tips menarik untuk menghilangkan sakit tekak. insyaAllah, aku akan cuba, itu saja entri aku hari ni. tada isu apa nak dibahaskan. aku dah tak larat. ok! terima kasih kerana membacaa

1 May 2012

Sehari di Wad

lebih kurang macam ni la alat yang dipadsang.
kelmarin, 29 April, aku kena pergi Hospital Sultanah Bahiyah, ada temu janji dengan doktor sebab tonsil aku bengkak di dua-dua belah bahagian. Aku memang agak gembira sebab aku tak nah ada pengalaman di wad, kecuali masa aku mula melihat dunia. sebelum masuk wad, aku kena perkisa aku punya pernafasan, doktor ada buh satu alat dalam hidung yang ada kemera, sakit juga, meleleh air mata lelaki aku, dia suruh tarik nafas dan hembus smbil tutup hidung, aku tak pasti apa yang berlaku. lepas ja habis, doktor buat dokumen penempatan di wad, aku dapat Bilik 28, Anggerik 6A level 5, sesampai ja dekat kawasan 6A, aku terus jumpa kak-kak "misi" yang baik hati, baru buat praktikal sini, merekalah yang bawak aku ke bilik 28, sungguh aku terkesima, sesaat aku pijak masuk dalam bilik tu, hati aku riang berbunga, sebab bilik tu aku seorang ja, persis VIP la pulak, tilam spring mahal, memang sedap tidur, bilik air personal, radio dan karpet comel. hahaha, agak terkejut juga, lepas itu aku ditinggal sorang-sorang, punya bergolek sana sini, sms sana sms sini, aku rasa mengantuk la, aku cuba gagahi juga mata aku dari tertutup rapat dibuai mimpi, teringat pesana "misi" supaya jangan tidur, aku cuba  cari alternatif lain, aku pasang radio, dengar punya dengar, lagu yang hampeh membuatkan aku mengantuk , aku tak mampu menahan, terus aku terlelap dalam seminit, "misi" masuk kejut aku, agak stress juga sebab dari pukul 1-10 aku menahan diriku daripada diulit mimpi. bukan senang nak menumpaskan nafsu tidur yang kuat, ditambah pujukan syahdu katil mahal kan. pukul 5.30 ada orang mai hantar makanan, aku punyalah tak sabar nak buka , buka ja, masyaAllah, sedapnya hidangan, ikan nyok-nyok masak lemak+ kacang bendi berlendir goreng, mood aku mulai goyah, aku memang tak suka speses sayuran berlendir ni yang buat aku loya, dengan berbekalkan semangat BERSIH 3.0, haha, aku suap jugak sayur tu dalam mulut. hanya Allah saja yang tau bagaimana rasanya makan benda tu, saat inilah makanan dirumah mulai bermain di minda, bagai mengejek aku.  dengan egonya aku kembali ke katik dengan beribu sesalan, aku mulai menghayati musik dicorang radio sony, aku mendengar sehingga terlelap, dalam jangka waktu 2p.m sehingga 10p.m diriku sering dikunjungi "misi-misi" praktikal yang akan memeriksa tekanan darahku. bersyukur dalam hati masa cik misi memeriksa tekanan darah, sekurang-kurangya ada juga orang yang datang berbual :D terima kasih kepada mereka kerana melayan saya dengan layanan umpama Datuk Seri Najib, sebelum tidur, Puan Misi datang membawa alat yang bakal menjejaskan lena tidurku, memasang alat pengira apa pun tak pasti, melilit badanku dua kali, memasukkan tiub ke dalam hidungku, aku bergolek sini sana, dalam keadaan tak selesa, akhirnya terlelap jua.keesokan harinya diriku dibebaskan jua oleh makhluk melilit badanku tanpa  rela. Aku menyiapkan diriku, mengemas pakaian, dan keluar dari wad dengan bangganya meneruskan agenda aku ke kafeteria untuk menikmati juadah sepuas-puasnya~ haha.. HABIS