17 Nov 2012

S.A.H.A.B.A.T yang Baik atau Sebaliknya


Assalamualaikum :) so entri kali ni aku PUNGGAI khas buat sahabat sahabat aku yang aku sayang dan aku cintai kerana Allah SWT. aku sangat sayang hampa hampa semua. :') aku taknak pon kehilangan hampa. so kali ni aku nak listkan dan higlight beberapa benda untuk dijadikan panduan kita sama sama noh. harap boleh la apply dalam kehidupan dan persahabatan. insyaAllah. ukhwah fillah fi abadan abada !


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.





AKHIR KATA, terima kasih kepada semua semua yang sudi menjadi sahabat aku!nobody is perfect, and nobody deserves to be perfect. nobody has it easy, everybody has issues, and yeah. you'll never know what people are going through. if I'm annoyed you by my act, im sorry because sometime we dont expect by doing such so will annoy people around you, if you been touched by my words, thousands apology from me, i need to filter sometime. and if im being extra care, please note that im really CARE about yourself friends. maafkan aku tau sahabat sahabatku :) 

khas untuk : abang mi :'(,najib,abang Lan, abang  adlisyah, daaniyal, hairul hanafi, hafiz nayan, seluruh batch 0711 Sains Kedah,kelas C5 Asasi Sains Puncak Alam, sahabat PLKN, sahabat di SMKH, SKPN dan tadika PASTI Cawangan Pulau pisang dan semua yang pernah berkawan dengan aku. mohon ampun maaf andai sepanjang persahabatan kita, aku ada buat hampa sakit hati ka apa, aku tak berniat, mungkin selalu sangat merimaskan hampa semua. :'( aku tak bermaksud nak kacau hampa waktu belajaq ka apa. aku mintak maaf ! aku hanyalah insan yang sentiasa buat dosa dan silap. aku tak sempurna, kehadiran hampa dalam hidup aku begitu bermakna ! aku menyanyangi merindui hampa semua kerana Allah :') insyAllah. semoga hubungan baik in diredhai Allah SWT. Aamiin :D

16 Nov 2012

Gaza & Malaysia

fakta ! israel laknatullah !
Assalamualaikum wahai pembaca, berikut antara situasi kanak kanak di malaysia dan di palestin :'(


Saat anak-anak kecil dan remaja kita sibuk bermain bola sepak di kala petang dengan kegirangan dan kemeriahan.

Anak-anak kecil dan remaja PALESTIN sibuk bermain peluru dan bom DuaPuloh Ampat Jam setiap hari.

Pulangnya anak-anak kecil dan remaja kita dari bermain bola dengan berkata, "Ibu, hari ini adik jaringkan dua gol" "Abah tadi ada kawan tendang kaki along kuat kuat." "Nenek esok teman ali pergi taman lagi ye." Pulang dengan kegirangan di hati. Pulang dengan tangisan kekalahan bermain bola.

Pulangnya anak-anak kecil dan remaja PALESTIN ke rumah dengan berkata, "Hari ini kawan saya mati ditembak petang tadi." "Ummi esok adik nak ikut abang ke Syurga. Tak bestlah abang dah takde dekat rumah. Nak ikut dia. Ummi nak ikut?" "Abi, esok abang nak ikut pergi 'jalan-jalan'. "

Permainan anak-anak kecil kita permainan antara menang dan kalah dalam permainan.
Permainan anak-anak kecil PALESTIN antara Syahid atau kemenangan mempertahankan Islam. :'(





tengoklah keadaan mereka mereka ini? kehidupan depa penuh dengan ancaman. 24jam dihujani peluru sesat yang tidak kenal erti kemanusian, depa trauma, depa tertekan, dilubuk hati depa, depa hanya nak keamanan walaupun sesaat, namun apakah daya, kekejaman dan kerakusan israel laknatullah menyerang Gaza tidak mengira masa, asal sahaja dapat melihat rakyat islam palestin mati, sudah cukup untuk memuaskah hati depa. :'(

kita sebegai rakyat, hidup dalam keadaan aman damai, mintak bersyukur, negara yang kaya dengan makanan, kaya dengan sumber, dan jauh dari ambang peperangan. tapi kita jangan sesekali alpa dan leka, sentiasalah bersedia, bila bila sahaja kita boleh ditimpa bencana ataupun peperangan. masa depan kita tak tahu, sementara kita masih mampu, marilah bersama sama berdoa agar umat islam di palestin dikuatkan iman, dikuatkan physical dalam menghadapi serangan membabi buta tentera israel yang tidak mengira usia. tua dan muda di hentam tanpa sebab yang nyata.

sudahlah merampas tanah dan mendirikan negara meskipun dilarang oleh kita suci depa. memang bangsa yang dengki dan degil walaupun kenyataan ada depan mata, bersabarlah wahai saudaraku. umat islam seluruh dunia sentiasa mendoakan kesjahteraan dan keselamtan pejuang pejuang islam yang sedang menegakkan keadilan meskipun dalam keadaan kurang berkemampuan,
namun semua itu tak menjadi penghalang keepada mereka untuk teruskan perjuangan depa yang belum selesai. walau depa tau mungkin depa tak boleh bertahan lama, namun asalkan diorang berjuang di jalan ALLAH SWT mati itu merupakan satu pengorbanan untuk anak bangsa dan insyaAllah, mereka mereka ini syurga tempatnya

mari mendoakan mereka :


lihatlah negara kita yang AMAN & MAKMUR. bersyukurlah kita, berhenti merungut. kita malaysia, makanan dibazirkan merata rata, seolah olah nilai sebutir nasi itu tiada maknannya. di palestin,mereka makan apa yang ada, tiada elektrik, tiada akses ke dunia luar, hidup hari hari menghidu bau belerang, rumah rumah mereka dibomb, dalam keadaan tak sempurna tidur, sudah lah tidur tak lena akibat ketakutan. diorang berpanas dikala siang, bergelap taktala malam, malaysia? elektrik jarang putus,bekalan air dimana mana, rumah masih sempurna :'( sama samalah kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dekat bumi malaysia, insyaAllah, supaya kita semua mampu menjadi mukmin yang sejati :) insyaAllah




With Whom U should Spend Your Life & Time

Assalamualaikum :) back me again here.as everyone has their own SAHABAT SEJATI  but, is it worth to spend ur time with them? are they willing to go through your thick and thin and always ready to be at ur side? Im not questioning about how sincere your SAHABAT SEJATI is, just trying to highlight some aspect that really important. :) hope that u will get something that could give u benefits by reading this. thank you :D comments are allowed !

People who are WORTH for you to spend your TIME and LIFE with:


  • someone who knows how to APPRECIATE you 
  • Someone who knows how to RESPECT you
  • Someone who knows How to FORGIVE and to be FORGIVE
  • Someone who make you feel and become BETTER
  • someone who makes you REMEMBER ALLAH SWT more !
BY that if you have that someone, InsyaAllah, they really LOVE you BECAUSE OF ALLAH SWT and LOVE because of Allah will last FOREVER!

14 Nov 2012

Jangan Hina Orang Tak Tutup Aurat Mula Berdakwah ♥

‎[ Jangan Hina Orang Tak Tutup Aurat Mula Berdakwah ♥ ]

Bila ada wanita seksi post pasal dakwah, jangan kita pandang hina. Dosa dia cuma tak tutup aurat je, ibadahnya dalam menyampaikan mesej dakwah masih boleh diterima. Lagipun hina & mulia seseorang hamba hanya Allah sahaja yg layak menentukan.

' Jangan pernah menghina PERMULAAN seseorang kerana kita tidak pernah tahu PENGAKHIRANNYA, ' Mungkin darjatnya lebih tinggi disisi Allah. Siapa tahu??

Allahu Akbar !! jangan ya wahai saudara se-islam, jangan hina diorang! kita yang rasa baik ni sepatutnya mula sedar diri, walaupun kita ni baik, alim, berilmu pengetahuan, tapi pengakhiran kita macam mana? bolehkah kita istiqamah? kita tak tahu bila kita akan diuji. kita tak tahu apa jenis musibah yang Allah akan turunkan kepada kita untuk tengok sejauh mana keimanan , kesabaran kita dan keikhlasan hati kita dalam menerima segala ujian Allah SWT dengan hati terbuka.





darjat kita di akhirat kelak siapa tahu kan, orang yang dulu kita hina dia kerana kejahilannya, yang mula meyebarkan dakwah, walaupun ketika itu auratnya masih tidak sempurna, mana tahu akhirnya, dia menjadi muslim dan muslimah sejati. kita tak tahu takdir kita, kita hanya mampu berdoa agar Allah memelihari iman kita, akal kita daripada perkara yang mampu merosakkan kita, yang mampu membuatkan kita jauh dari islam, propaganda agama lain dalam menghancurkan islam  perlu diingat, andai kita rebah, sukar untuk kembali ke jalan Allah. walaupun nasihat dari seorang pelacur, terimalah dengan hati terbuka, dan tetapkan diminda, nasihat itu merupakan cara Allah untuk mengingatkan kita. jika masih ramai orang yang menegur kita, tadahkan tangan tanda kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah kerana masih lagi menghantar hambaNya yang lain untuk menegur salah silap kita, beristighfarlah. insyaAllah :) kita hidup sematam mata mahu mencari keredhaan Allah SWT. keredhaan utama yang perlu dicara walau apa jua yang kita lakukan.moga moga entri ini mampu memberikan kita satu kesedaran yang masyarakat sekarang memandang seorang terhadap orang yang seksi menyebarkan dakwah melalu fesbuk dan twitter. insyaAllah







13 Nov 2012

Minat Dalam Diam

‎||Minat Dalam Diam||

Statement ini sangat popular tahu? Ia macam sejenis wabak. Eh. Anda pernah mengalaminya?Mesti pernah ..kan kan..

Simptom picisan apabila terkena wabak ini..

Bila terserempak dengan individu yang diminati,anda akan senyum,jeling,malu nak tengok,darah menyerbu,lebih gabra apabila dia menegur anda.Rasa macam nak sorok muka dalam stokin,eh. |Tiada kupasan lanjut,hanya respon dari sahabiyyah|

Suka tahap gaban pun,SIMPANLAH DULU DENGAN SELAMAT.KAWALLAH DULU DENGAN BERHATI-HATI. Bahaya menanti sekiranya perasaan sukar dikawal. Ada orang sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian org yang diminati.SALAH TU..Harap anda bukan orangnya. Our mission is study and study..majukan umat Islam yang sedang tenat.Ingat! Kerja kita yang perlu dibuat adalah lebih banyak dari masa yang kita ada.

Please take note!

p/s : pernah dengar satu kuliah, sebenrnya kita tak boleh cerita kat orang kalau kita suka kat someone..hatta tulis dalam diar
i atau kat mana2 pown yang orang boleh baca pon tak boleh..perasaan suka itu memang fitrah..jadi sebaiknya bila kita mengalami prkara cam ni,biarlah kita dengan Pencipta kita ja yang tahu..lagi sweet..insyaAllah dpt elakkn fitnah juga..:)

~MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS~


HARGAI

assalamualaikum :)

kalau ikut Kamus Dewan MENGHARGAI ni bermaksud : 1)memberi(menetapkan) harga, menaksir harga dan menilaikan. 2)memberi penghormatan (pujian, sanjungan dan sebagainya), menganggap penting(berfaedah).

itu kalau ikut Kamus Dewan, tapi dalam konteks perasaan (cewah) , menghargai sesama manusia, menghargai ibu bapa, menghargai guru, menghargai para sahabat yang sentiasa ada bersama kita, menghargai orang sekeliling kita. Jadi macam mana kita nak tunjukkan betapa berharganya diorang dalam dunia ni??

ibu bapa : secara general(kalau nak terang dari awal memang sangat lah banyak) diorang yang bela kita dari kecil, menyediakan keperluan kita, memeberikan kasih sayang kepada kita, diorang orang first yang memberikan kita pendidikan sejak kecil lagi. so, macam mana kita nak tunjukkan kita hargai diorang?? cukupkah sekadar berterima kasih?? so, bagi aku la kan, kita benda yang first kita kena jaga tingkah laku kita la, kita jangan sesekali MEMBERONTAK, biasalah, jiwa remaja, sentiasa ja nak memberontak, kalau lepas kena nasihat, mula la tarik muka, mula la tak nak makan, so, aku rasa aku tahu apa sebab kita tak suka sangat bila kadang kadang mak ayah kita asyik membebel dekat kita . first thought about that, we feel that our parents know nothing about of life, event though the are the one who take take of us since we are baby ! mungkin ada orang cakap pemikiran parents terlalu old school, tak update la and bla bla bla. sedar tak kita cakap camtu sebenarnya kita nak cakap parents kita tak memahami, bila balik rumah(kalau budak budak asrama) asyik bebel suruh study, dan bebel study masa tengah ada masalah dengan BF/GF(perlukah ambik pusing masalah cinta cinta ni?) sungguh tak patut, kenapa kita tak nak study, (kita rasa diri kita dah banyak belajar masa dekat asrama, so balik rumah ni nak relax la kejab), kann? bila rasa diri tu dah banyak study(kononnya) memanglah balik rumah taknak study, tapi, apa apa pon, cubalah dengar nasihat diorang, diorang nak kita berjaya dalam hidup, suruh kita belajar rajin rajin, mungkin ibu bapa kita tak dak pelajaran, hanya kerja kampung, sedangkan kita dah masuk universiti sekalipun, jangan angkuh, jangan bongkak jangan rasa diri kita dah cukup hebat, sebab tanpa diorang siapa kita? tanpa diorang kita takkan ada didunia(maksudnya mak kita lahirkan kita, tak gugurkan kita), diorang jaga kita sejak dari kandungan lagi. takkan kita nak jaga hati dan perasaan diorang pon tak boleh? seriously, permintaan diorang takkan bukan bukan, diorang nak kira belajar, berkawan dengan orang yang baik baik sebab diorang saya kita, diorang nak kita belajar, dapat kerja elok elok, dan nak tengok kita bahagia walaupun masa diorang dah takda dalam dunia ni . so hargai diorang dengan cara sedaya upaya kita cuba dengar cakap diorang, cuba hormati perasaan diorang(jangan ikut sangat sifat memberontak), sentiasa tolong diorang dekat rumah dan yang paling penting cuba menjadi anak yang SOLEH dan SOLEHAH, sentiasa mendoakan diorang dalam solat :') inysaAllah. moga moga kita mampu membahagiakan ibu bapa kita dengan sikap kita :)

guru: secara ringkas, cikgu insan yang mengajar kita membaca, mengira dan sebagainya. diorang ibu bapa kedua kita okay, diorang yang keep their eyes on us masa dekat sekolah. always take care of us more than he/she cares about her own children. tugas diorang, kerjaya diorang sangat mulia, mendidik anak bangsa, dalam usaha melahirkan pemimpin masa depan yang berjaya dan bakal menerajui tampuk pimpinan negara(ayat karangan). tanpa diorang, bolehkah kita sampai tahap sekarang? tanpa ilmu basic yang diorang ajar masa dekat sekolah, mampukah kita faham  masa dekat universiti? mampukah kita membaca dan mengira tanpa diorang? ada orang claim membaca dan mengira tu parents dia yang ajar, so senang, ur parent
is ur teacher as well, so u need to appreciate them as ur parent, and teachers at the same time. so jangan sesekali lupa jasa diorang dekat kita, mungkin cara terbaik kita hargai diorang dengan kita sentiasa melaksanakan tugasan yang diorang beri(buat ni je, at least kita menampakkan usaha kita untuk berjaya) insyaAllah, doa mereka akan bersama dengan kita dan ilmu diajarkan mereka insyaAllah mendapat berkat dan redha Allah SWT . tak semua orang mampu dapat results yang SANGAT cemerlang, mungkin ada sesetengah cakap kalau nak hargai diorang, buktikan dalam EXAM, tak semua orang mampu, bagi aku, kita kena tunjukkan yang kita serious dalam belajar dan nampakkan kesungguhan kita untuk berjaya, tu pun dah dikira sebagai menghargai dan yang paling penting, ikutklah nasihat baik yang diorang bagi, insyaAllah, dengan izinNya, kejayaan MILIK kita. Aaminn :')

kawan :  secara umum, kawan ni orang yang sentiasa bersama kita di saat kita susah senang. selalunya, orang yang stay dekat asrama akan tau betapa PERLUNYA kawan masa ada dekat asrama, diorang tempat kita kongsi masalah, tempay kita lepaskan segala apa yang terpendam dekat hati kita, kalau dekat asrama, diorang la abang, diorang kak, diorang lah doktor dan diorang la nurse. masa kita sakit, diorang tolong jadi doktor, mai check suhu badan setiap jam, diorang jadi nurse , make sure kita makan ubat on time, diorang lah mak, tolong suap makanan :'( saat saat indah ini sukar untuk dilupakan, kadang kadang bila terkenang, apa boleh buat, semua tu hanyalah tinggai dalam memori, nak ulang balik memang tak lah kan. tak boleh dah sampai bila bila. kawan kawan ni rakan seperjuangan kita, sepandai mana pon kita, seberjaya mana pon kita, sebesar mana pon gaji kita, hubungan kawan kawan takkan putus, kekalkan ukhwah yang sekian lama terbina, sentiasalah menghubungi diorang dikala diorang susah senang, jangan biarkan diorang rasa kita kawan dengan diorang on purpose. tunjukkan keikhlasan kita, sentiasa care pasal diorang, sentiasa bertanya khabar dekat diorang :) ingatlah.. diorang sangat penting dalam hidup kita ! :) <3

''Jika kita nak masyarakat menghargai kita, tunjukkanlah kepada masyarakat bahawa anda menghargai mereka''

sekian sahaja. sangatlah  baku ayat yang digunakan ! :) janji ikhlas ! okay.

berkecil hati juga dikira dosa.

~Berkecil hati juga dikira berdosa???!!

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

Bacalah kisah ini:

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa..Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia,kita juga berdosa..Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah..Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia..Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan..Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo.. Ook..

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..“Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu” dan sebagainya..Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain..“Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu.

so sebagai manusia yang 'normal', mesti kita akan sentiasa terasa kalau ada orang cuba menjatuhkan kita dan mungkin terasa dengan diri sendiri lepas ada buat benda yang salah. sebenarnya, bagi pandangan aku, ini adalah petanda yang sangat lah bagus sebab hati kita masih lagi hidup, yakni, kita masih lagi terasa apabila kita buat kesalahan. tak begitu? 

bagus jugak sebab kita at least ada je kesedaran diri bila orang mula mempertikaikan kebolehan kita, menyakitkan hati kita menandakan hati kita ni sebagai manusia, mempunyai kelemahan dan kekurangan masing masing. tak ada manusia sempurna, dan mampu mengingatkan diri kita bahawa kita ni hamba Allah, tiada apa yang boleh menjadikan kita lebih sempurna daripada Sang Pencipta, jadi tiada apa yang boleh dibanggakan atas diri kita kerana semua ini milik Allah yang hanya dipinjam di dunia untuk melihat ketakwaan kita dalam menerima qada' dan qadar Allah S.W.T. InsyaAllah :) 





3 Nov 2012

Dunia Kini.. maju??

WELCOME TO THE 21TH CENTURY!!!



Our Phones ~ Wireless

Cooking ~ Fire less


Cars ~ Key less

Food ~ Fat less

Dress ~ Sleeveless

Youth ~ Jobless

Leaders ~ Shameless

Relationships ~Meaningless

Attitude ~ Careless

Wives ~ Fearless

Babies ~ Fatherless

Feelings ~ Heartless

Education ~ Valueless

Children ~ Manner less

Women ~ Panty less

Everything is becoming LESS but still our hopes are ~ Endless.

In fact am ~ Speechless




p/s: renung renungkanlah. dunia semakin maju. kehidupan semakin berbeza, pendekatan agama semakin disia sia. wallahualam.

1 Nov 2012

bujet dan poyo?

assalamualaikum :)
ok. tajuk ape ni? BUJET? POYO? anyone ?
gimme definition of poyo? well well well !
saya bukan orang Key-Ell. saya anak jati kedah.
how could i know? i know wht do the words mean.
but i cant define it, as just so u know, sometime, kita bukan boleh describe pon perkataan tu
kita hanya paham daru sesuatu sudut tapi tak boleh terangkan kepada orang.
statement apa ni? abaikan :) abaikan :)
so. aku kekadang update status dekat FISHBOOK dalam english, rojak dan melayu
then mesti ada orang cakap cenggini dalam hati :
-eiii poyo !
-ingat ko sorang jek boleh speaking?
-bujet je lebih
-kau tu melayu . buat la cara melayu
-boooo~ nak tunjuk bagus lettew
-Nak kata BI A+ Lettew

aku nak menjawab kata hati first:
*eiii poyo
~ lol, kenapa pulak poyo, ikut suka hati aku la doe, kalau aku poyo ke, apa ke, sengal ke, kau boleh je remove. REMOVE aku dari friend list kau, aku tak kisah pon, tak jadi KUDIS pon dekat aku, aku ulang KUDIS ! haha. silalah remove jika tak selesa. ingat aku asyik kena pertimbangkan perasaan korang je ke? perasaan aku cemana?? ni lah melayu. well. sungguh bersikap negative, suka melihat sesuatu benda dengan pandangan negative! typical malay BETOL !

*Ingat ko sorang jek boleh speaking?
~kalau korang pon boleh speaking lagi hebat dari native speaker, aku mengalu alukan anda anda itu, update la dalam english, bukannya susah pon kan. anda sehebat native speaker, tunjukkan kehandalan anda. PELIKS ! Dah reti speaking tak speaking, what a waste dude !

*bujet je lebih
~ni bukan soal bujet ke tak bujet, ni soal kemajuan diri, aku bergerak seiring dengan permintaan semasa *ayat bukan main. hehe. sekarang, apa apa kerja memerlukan pekerja yang FASIH dan BERANI dan BERKEYAKINAN nak speaking. walaupun writing anda pernah menerima anugerah pon, pernah diterbitkan di READER's DIGEST, Tapi kalau anda takdak keyakinan, camana nak berdepan dengan dunia ?? haha. orang bukan nak orang yang pandai mengutuk dibelakang saja ukey !

*kau melayu, buat cara melayu
~ wei. tolong ubah sikap kau. mencerminkan melayu ni tak fleksibel ko tahu ! if u wish to be the number one, conquer the number one. sekarang english penting, *tapi mesti ada orang yang akan cakap, belajar arab bro, arab bahasa syurga. memang lahh. aku tak boleh pertikai arab tu bahasa al-Quran, bahasa syurga. kalau tengok jepun sekarang, dulu dorang tak pernah pentingkan english tau ! sekarang, pekerja pekerja dekat jepun sanggup habiskan RM2500-3000 sebulan semata mata mengupah guru untuk mengajar dorang bahasa INGGERIS ! see. pemikiran kena terbuka, kalau melayu, memang HARAM ke guna ENGLISH? menjatuhkan maruah bangsa eh guna ENGLISH?? bahasa semua diturunkan Allah, ilmu Allah, belajar, amalkan. insyaAllah

*boo~ nak tunjuk bagus lettew
~ehh. bukan nak tunjuk bagus, kalau korang rasa korang bagus, kalau ada grammatical error dalam status status aku, silalah betulkan on the spot, bukannya pendam dalam hati. hehe. anda kan bagus.

*NAK kata BI A+ lettew
~another perangai typical malay, malas nak melayan. *facepalm. . malas nak kata apa. bye

p/s: perangai manusia, tak perlu melenting sangat. mintak maaf terkasah bahasa, tersalah bicara , i dont have any intention nak sakitkan hati sesapa. saya manusia biasa